Resepi Mee Ladna Banjir Sedap Betul

Resepi Mee Ladna Banjir Sedap Betul

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi masakan cina yang amat popular dikalangan pelbagai lapis masyarakat kita. Mee ladna adalah sejenis masakan tang menggunakan mee kuning dan dibanjiri dengan sos ladna. Sos ladna diperbuat dari bahan-bahan yang amat ringkas seperti halia, bawang putih, sos tiram dan sayur-sayuran.

Masakan ini biasanya dihidang diwaktu makan malam kerana ia sedap dimakan ketika panas. Sesuai bagi anda yang tidak punya banyak masa sepulang dari kerja, bolehlah mencuba resepi mudah ini. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

1 pek mi kuning/yee mee (celur)
½ inci halia dikisar
2 ulas bawang putih kisar
1 keping dada ayam (hiris memanjang)
Sedikit sotong (pilihan)
Sedikit udang (pilihan)
½ genggam sawi (potong)
Sedikit kobis (dihiris)
10 biji cili padi | belah dua
½ batang lobak (hiris)
2 cawan air
50ml sos tiram
5ml minyak bijan
Sedikit tepung jagung
Minyak masak secukupnya

Kaedah

Tumis halia,bawang putih yang dihiris halus.
Masuk kan isi ayam, udang dan sotong.
Biarkan sehingga masak.
Tambahkan sos tiram, gaul sehingga sebati dan masukkan air.
Pekat kan sos ladna dengan tepung jagung.
Biar sehingga mendidih, kemudian masukkan semua sayur.
Tambah sedikit minyak bijan untuk memberi aroma.
Masukkan garam secukup rasa.
Angkat, tuangkan ke atas mi dan sedia dihidangkan.

Untuk memekatkan kuahnya, air tepung jagung digunakan. Tambahkan ia ketika kuah mengelegak, jika tidak cukup pekat anda boleh tambah lagi. Masakan ini sedap dinikmati bersama hirisan cili api dan kicap samada kicap lemak manis atau masin ataupun kicap cair. Jika anda tidak suka pedas, anda boleh menggunakan hirisan cili merah sahaja atau pun cili jeruk. Diharap akan sudi mencuba resepi ini, selamat mencuba ya!

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Mee Ladna Banjir Sedap Betul


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Resepi Bihun Goreng Tomyam Sempoi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker