Ramai pesakit Covid-19 meninggal dunia tak divaksin

Kegagalan seseorang rakyat mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 menjadi antara punca utama peningkatan angka kematian selain pertambahan kemasukan ke hospital ekoran dijangkiti virus maut itu.

Mendedahkan perkara itu, seorang pakar bius dikenali sebagai Dr. Hana Hadzrami berkata, rata-rata pesakit Covid-19 yang memenuhi hospital ketika ini merupakan mereka yang belum menerima suntikan vaksin.

“Yang memenuhi hospital ialah yang tidak divaksin, yang ramai meninggal ialah yang tak vaksin.

“Yang ramai meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID) pun ialah yang tak vaksin,” katanya ringkas dalam satu hantaran Facebook hari ini.

Semalam, angka kematian Covid-19 di Malaysia mencatatkan sebanyak 339 kematian sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan korban seramai 15,550 orang.

Tangkap layar hantaran dimuat naik Dr. Hana menceritakan mengenai kesan terhadap individu menolak vaksin Covid-19.

Dr. Hana turut menasihatkan individu antivaksin supaya tidak menghasut orang awam dengan agenda dibawa mereka bagi menolak suntikan berkenaan.

“Yang tidak mahu ambil vaksin, tiada siapa boleh paksa sebagai individu, cuma jangan jadi penghasut dan perlu akur dengan akibat penolakan vaksin itu,” tegasnya.

Dalam pada itu, orang ramai turut memberi pelbagai reaksi terhadap perkongsian itu dengan ada antara mereka berkongsi pengalaman kehilangan orang tersayang berikutan belum sempat menerima vaksin.

“Emak saya meninggal 26 Ogos, tarikh itu juga baru emak saya punya MySejahtera dapat pemberitahuan suntikan vaksin pada 30 Ogos 2021,” luah Eryne Zainudin.

“Saya dan suami sudah lengkap dua dos, tetapi Allah uji dengan dijangkiti Covid-19, Alhamdulillah, kami hanya bergejala ringan,” kata Azurah Ahmad


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


TMJ cari penyanyi lagu saduran Azman Naim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker