TMJ cari penyanyi lagu saduran Azman Naim

TMJ cari penyanyi lagu saduran Azman Naim

Selepas memancing perhatian ramai dengan lagu parodi musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak tahun lalu, kali ini seorang individu yang juga pemilik akaun Instagram @azmannaim44mantra ‘dicari’ Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibrahim.

Bukan berkaitan isu panas atau kontroversi, sebaliknya pencarian tersebut dilakukan sebagai menyempurnakan permintaan ayahanda baginda, Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar susulan sebuah video nyanyian semula My Way dendangan Frank Sinatra yang dimuatnaik individu terbabit dalam Instagram.

TMJ dalam hantaran menerusi InstaStory turut memuji perkongsian @azmannaim44mantra selain mengulang hantaran video lelaki asal Kulai Johor itu bersama kapsyen ‘First Class’.

Menyedari TMJ sedang mencarinya, @azmannaim44mantra atau nama sebenarnya Mohd Nur Azman Naim, 36, turut memberikan maklum balas dengan menulis ‘Menjunjung Kasih Tuanku’.

Azman yang juga bapa kepada dua anak aktif membawakan lagu popular yang ditukar ke lirik bahasa Melayu dengan mengambil isu semasa sebagai tema nyanyian lagu saduran sejak pertengahan tahun lalu.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Bukan sekadar mempunyai vokal hebat, seni kata yang diketengahkannya cukup dekat dengan situasi dilalui masyarakat masa kini yang terpaksa berperang dengan pandemik Covid-19.

Malah lagu My Way ditukar judul kepada My Sejahtera Way yang dimuat naik dua hari lalu menjurus kepada keluhan orang ramai belum mendapat suntikan vaksin Covid-19.

Rata-rata melayangkan tahniah kepada usahawan berkenaan yang menghiburkan ramai meskipun disampaikan dalam bentuk sarkastik dan gurauan.

Antara lagu lain berkisar PKP yang dikongsikan usahawan itu dalam laman sosial Instagram serta TikTok termasuk mengenai permohonan i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan moratorium.

Terbaharu penyanyi Adibah Noor turut berkongsi video duet bersamanya menerusi TikTok membawakan lagu Michael Learns to Rock yang berjudul That Why (You Go Away). K Online

Kenapa benci sangat saya – Ayu Ting Ting

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker