Sejak Insiden Hina Kemaluan Bekas Isteri, Pelakon Galih Ginanjar Hilang Hubungan Dengan Anak



Sejak Insiden Hina Kemaluan Bekas Isteri, Pelakon Galih Ginanjar Hilang Hubungan Dengan Anak

PELAKON Galih Ginanjar mengakui sangat merindui anak tunggalnya hasil perkahwinan dengan bekas isteri, Fairuz A Rafiq iaitu King Faaz Arafiq.

Menurut laporan KapanLagi, Galih berkata dia masih belum dapat berhubung dengan anak lelakinya itu kerana bekas isteri sudah menukar nombor telefon.

Malah usaha menghubungi menggunakan mesej peribadi di Instagram juga belum berhasil kerana sehingga kini ia masih belum dibalas.

Dalam pada itu, Galih berkata dia kesal dan terlalu malu dengan insiden yang pernah berlaku sebelum ini.




Meskipun sudah membuat permohonan maaf secara terbuka hingga berlinang air mata, namun Galih berkata dia masih menerima banyak komen negatif daripada netizen.

“Saya menangis kerana terlalu rindu… itu bukan rekaan atau lakonan. Banyak komen negatif di Instagram, tak apa saya terima semuanya. Mungkin mereka kecam saya kerana kelakuan saya dahulu salah.

“Itu reaksi spontan… sebab sebut nama Faaz saya jadi sedih kerana saya belum boleh jadi ayah yang baik buat dia… lagi pula saya belum boleh jumpa dia kerana sejujurnya saya malu.

“Kesilapan dulu membuatkan saya malu untuk bertemu anak dan takut adakah dia mahu bertemu saya,” ujarnya.

Sejak Insiden Hina Kemaluan Bekas Isteri, Pelakon Galih Ginanjar Hilang Hubungan Dengan Anak





Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929




CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ini kata Faizal Azumu sekiranya tidak dilantik jadi Menteri

Beri peluang, masa Ismail Sabri buktikan kemampuan

 



Leave a Reply

Your email address will not be published.