Sultanah akan beri keterangan dalam saman fitnah

Sultanah Nur Zahirah akan beri keterangan dalam saman fitnah, kata peguam

Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah akan memberikan keterangan di mahkamah untuk membuktikan saman fitnah baginda terhadap pengarang Sarawak Report Clare Rewcastle Brown dan dua yang lain, kata peguamnya.

Mohd Haaziq Pillai Abdullah berkata, perbicaraan ditetapkan selama empat hari bermula 11 Oktober.

“Kami akan memaklumkan hakim perbicaraan mengenai saman ini ketika pengurusan kes esok,” katanya kepada FMT.

Haaziq berkata pengawal keluarga diraja Terengganu juga telah dimaklumkan mengenai kes itu susulan keputusan Mahkamah Rayuan semalam.

“Kami akan menjalani perbicaraan dan memutuskan untuk tidak ke Mahkamah Persekutuan bagi merayu keputusan itu. Ia akan menyebabkan kes tertangguh lebih lama,” katanya.

Semalam, Mahkamah Rayuan mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada Disember 2019 yang mengecualikan Sultanah Nur Zahirah daripada memberikan keterangan dalam kes saman itu.

Panel tiga hakim dipengerusikan Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata plaintif tidak seharusnya meneruskan permohonan melalui Aturan 14A Perintah Mahkamah Tinggi kerana defendan membangkitkan “bane and antidote” (racun dan penawar) sebagai ramuan pembelaan.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


“Penerbitan (Sarawak Report) harus dibaca secara keseluruhan dan ‘racun dan penawar’ juga harus diambil kira. Ia tidak boleh melangkaui terus ke Perintah 14A seperti diputuskan hakim,” kata Zabidin.

Hakim perbicaraan ketika itu, Ahmad Zaidi Ibrahim yang kini hakim Mahkamah Rayuan, memutuskan sebelum itu dalam saman berkenaan, defendan telah memfitnah sultanah.

Hakim itu berkata “dalam pemikiran orang yang munasabah”, dalam buku “The Sarawak Report – The Inside Story of the 1MDB Expose” mempunyai kenyataan fitnah terhadap plaintif.

Defendan bergantung kepada pembelaan justifikasi, komen adil dan perlindungan bersyarat.

Sultanah Nur Zahirah dalam permohonan samannya mahu penghakiman diputuskan mengikut Aturan 14A.

Sultanah menuduh Rewcastle Brown membuat kenyataan yang merendahkan dirinya dalam buku terbabit dan mendakwa ia boleh membawa erti bahawa beliau terbabit dalam amalan rasuah.

Katanya, fitnah itu antara lain bermaksud beliau mencampuri urusan pentadbiran kerajaan Terengganu, menggunakan peranan untuk mempengaruhi penubuhan Terengganu Investment Authority (TIA) yang kemudian ditukar kepada 1MDB.

Beliau memohon ganti rugi RM100 juta daripada setiap defendan. FMT

Sultanah akan beri keterangan dalam saman fitnah

Mohd Alwi minta MP Umno usah ‘overdose’ kerumun PM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker