Beri makan burung, nenek didenda RM17,333

Beri makan burung, nenek didenda RM17,333

LONDON – Seorang nenek didena sebanyak £3,000 (RM17,333) kerana menyebabkan kira-kira 100 ekor burung memenuhi sebuah kawasan kejiranan di Cardiff, Britain, sehingga mengganggu ketenteraman penduduk, lapor akhbar Daily Star semalam.

Irene Webber, 71, dilaporkan sering memberi makan kepada burung-burung sejak 20 tahun lalu sehingga menyebabkan haiwan itu memenuhi jalan dan kawasan kejiranan tersebut serta mengganggu kehidupan jiran-jirannya.



Tindakan wanita itu menyebabkan ada antara penduduk yang terpaksa memakai payung setiap kali keluar dari rumah kerana bimbang terkena najis burung.

Selain itu, burung-burung turut merosakkan harta benda dan memakan makanan penduduk.

“Keadaan ini memberi kesan kepada saya dan keluarga dengan masalah najis burung-burung tersebut, kotoran pada tingkap, kereta dan pakaian serta diri kami sendiri.

“Kami juga tidak dapat makan di luar rumah atau mengadakan barbeku di taman kami sendiri kerana burung camar dan merpati memenuhi kawasan rumah,” kata seorang penduduk.



Sementara itu, seorang ahli majlis perbandaran, Kevin Marney berkata, hobi memberi makan kepada burung yang dilakukan Webber telah menyebabkan kehidupan jiran-jirannya menjadi derita dalam tempoh hampir 20 tahun.

“Dalam pada kita semua menikmati musim panas di halaman rumah, penduduk di situ tidak dapat keluar rumah dan beriadah,” katanya.

Webber didenda £3,000 (RM17,333) oleh Mahkamah Majistret Cardiff atas kesalahan melanggar notis perlindungan komuniti yang diwujudkan untuk menamatkan pemberian makanan kepada burung. K Online

Beri makan burung, nenek didenda RM17,333



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Mohd Alwi minta MP Umno usah ‘overdose’ kerumun PM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker