Resepi Murtabak Maggi Terlajak Viral
Resepi Murtabak Maggi Terlajak Viral
Resepi ini merupakan satu lagi inovasi masakan berdasarkan menggunakan Maggi Mee.
Murtabak Maggi disediakan menggunakan telur dan beberapa bahan ringkas yang digaul bersama sebelum digoreng.
Murtabak maggi ini amat sedap dan sesuai bagi peminat maggi mee terutamanya maggi kari.
Maggi antara makanan segera paling mudah diubah suai. Anda boleh jumpa resepi maggi goreng, kerabu maggi, maggi sup dam macam-macam lagi.
Mari lihat bahan-bahan dan cara-cara untuk menyediakan maggi murtabak ini:
Bahan-bahan
1 peket Mee Maggi Perisa Kari
100g isi daging kisar/ayam
1 biji bawang besar potong dadu
3 biji telur
sedikit daun bawang dan sup dicincang halus
Cili flakes
Lada sulah
Minyak
Kaedah
Celur mee maggi tanpa perencah selama 2 minit, kemudian toskan, ketepikan
Goreng isi daging kisar, angkat ketepikan.
Pukul telur didalam mangkuk, kemudian masukan daging kisar yg digoreng tadi, bawang, daun sup, lada sulah & cili flakes, dan serbuk maggi kari gaul mesra.
Selepas tu masukan mee maggi yg celur tadi, gaul sebati.
Kemudian panaskan minyak masak sesudu besar didalam pan, goreng murtabak mengikut saiz yg dikehendaki. Goreng selama 3 minit. Buat sehingga habis adunan tersebut.
Hidang ketika panas
Hidangan ini biasanya dihidang ketika kehabisan idea untuk masak. Atau ketika anda kepingin sesuatu yang berbeza dan kesuntukan masa. Apapun alasannya maggi sentiasa mendapat tempat dihati kita.
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
Resepi Murtabak Maggi Terlajak Viral
Baca Artikel Menarik :
- Rafizi bidas Anwar, mengejar nombor hingga tinggal prinsip
- Cikgu tolak vaksin, tak bodoh macam kebanyakan – Suhaimi
- Bunyi tembakan dalam PKR?
- Suami di luar negara, isteri ditangkap basah di kampung
- Muhyiddin gagal tapi mahu jadi Menteri Mentor?
- Sesuap bubur nasi buat ahli Bersatu
- Gara-gara Murai Cerek, lelaki parah ditetak
- Remy Ishak mohon maaf
- Gagal jadi PM, Aliff tawarkan diri jadi TPM
- Resepi Rendang Daging Batang Pinang Pedas
- Muhyiddin terima kesan akibat perbuatan sendiri
Layari Laman Facebook MYKMU
Resepi Maggi Bandung Sempoi Sedap