Sudah Lama Berlalu, Chong Wei Enggan Dedah Nama Perasuah

Sudah Lama Berlalu, Chong Wei Enggan Dedah Nama Perasuah

DATUK Lee Chong Wei mengakui mengenali individu yang cuba menyogok lawannya, Taufik Hidayat, di peringkat separuh akhir Sukan Asia Doha 2006.

Seorang pegawai sukan merangkap bekas pemain kebangsaan cuba merasuah jaguh Indonesia itu yang muncul juara selepas mengalahkan Lin Dan dalam penentuan pingat emas.

Baginya, ia sudah lama berlalu selepas juara dari Indonesia itu baru-baru ini mendedahkan sempat didekati seorang pegawai dari Malaysia agar menyerah kalah dalam perlawanan berkenaan dengan menawarkan ganjaran dua kali ganda daripada RM60,000 yang dijanjikan negaranya.



Malah, Chong Wei sendiri tidak berselindung pernah dipelawa sogokan dan ia berlaku ketika dia masih meniti persada dunia.

Dipetik daripada laporan New Straits Times, dia tidak membuang masa untuk menghubungi juara Sukan Olimpik 2004 itu sejurus temu bualnya bersama media tempatan tersebar.

“Sejujurnya, saya tidak tahu mengenai perkara ini. Saya terkejut ketika orang mula menghubungi saya hari ini.

“Taufik adalah kawan baik saya, jadi saya segera menghubungi dia. Dia memberitahu saya apa yang telah berlaku.



“Mujur bagi orang seperti Taufik dan saya, kebanggaan negara selalu diutamakan.

“Saya tahu siapa orang itu tetapi ini sudah lama berlaku. Saya percaya kami semua harus terus maju.

“Saya tidak mahu menamakan atau memalukan siapa pun,” kata bekas pemain nombor satu dunia itu.

Sudah Lama Berlalu, Chong Wei Enggan Dedah Nama Perasuah


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


MKT berpesan jangan berebut jawatan

Tawaran kerjasama dengan pembangkang untuk kestabilan politik

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker