MKT berpesan jangan berebut jawatan

Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno, Mohd Alwi Che Ahmad, menyeru ahli-ahli parlimen kerajaan agar tidak berebut jawatan untuk mengisi posisi kabinet menjelang pelantikan jemaah menteri di bawah kepimpinan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, perebutan jawatan antara ahli-ahli parlimen semestinya tidak perlu kerana ia bukan ghanimah (harta rampasan perang) yang diperlukan tetapi kebaikan untuk masa depan negara.

“Kita ada 114 ahli parlimen dan semestinya ramai yang layak tetapi tak usahlah berebut jawatan kerana bukan ghanimah perang yang kita kehendaki tetapi masa depan negara yang cerah untuk negara yang kita kehendaki.

“Sekarang ini, kita perlukan kabinet yang baru untuk memacu negara keluar dari kemelut ini dan saya yakin kebijaksanaan perdana menteri yang baru dan rakan-rakannya akan terserlah,” katanya kepada media ketika ditemui selepas istiadat pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang ke-14 di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu, hari ini.

Mohd Alwi yang juga anggota dewan undangan negeri (Adun) Kok Lanas berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pembentukan kabinet baru oleh perdana menteri.

Sementara itu tambahnya, perdana menteri juga mempelawa pembangkang untuk bersama tangani negara bagi tujuan pemulihan dan mencegah wabak Covid-19.

“Masa inilah pembangkang perlu tunjukkan kepada Kebawah Duli Yang di-Pertuan Agong dan rakyat supaya parti-parti politik lupakan perbezaan dengan mengikuti kerajaan dalam menangani masalah negara.

“Saya juga ingin menyeru supaya semua orang memandang positif dan lupakan perbezaan ‘let’s fight together’ yang mana akhirnya kita terpaksa hidup di dalam keadaan Covid-19 ini,” kata Mohd Alwi.


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


PM kata peralihan kerajaan lagi akan merugikan negara

PM paling lama, paling sekejap, paling tua dan paling muda memerintah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker