Muhyiddin Perlu Lalui ‘Ujian Integriti’

Oleh Nurul Aisyah

BASAH mulut Muhyiddin, hampir setiap hari sebelum beliau tinggalkan pejabat perdana menteri di Putrajaya beliau meratib ayat ‘integriti’ dan kleptokrat’. Berpesan beliau kepada Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri baharu Malaysia agar tidak melantik individu yang memikul label tersebut berada di dalam kabinetnya nanti.

Ratib Muhyiddin bukan mendapat sambutan positif dari rakyat malah mengundang persoalan, adakah kabinet Muhyiddin dahulu datangnya dari individu yang begitu bersih termasuk dirinya sendiri?



Suara mendesak supaya Muhyiddin disiasat berhubung dakwaan seorang suami bernama Dato Stanley Clement Augustin berkenaan skandal dengan isterinya masih belum lupus di kepala rakyat Malaysia. Tiada apa-apa tindakan terhadap akuan bersumpah tersebut.

Melalui akuan bersumpah tersebut Stanley mendakwa Gee Siew Yee (Nika Gee) mempunyai hubungan terlarang dengan Muhyiddin. Sepatutnya Muhyiddin membersihkan diri beliau dari pertuduhan yang amat berat ini namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Muhyiddin dilihat tidak berani untuk mendakwa Stanley di mahkamah sekiranya tuduhan tersebut adalah fitnah semata-mata.

Di dalam akuan bersumpah Stanley:



Ceritakan dengan terperinci tentang huhungan sulit Muhyiddin dengan isterinya.
Dato Stanley menceritakan Isterinya telah menjalani hubungan sulit/seks sejak Muhyiddin menjadi Menteri Besar Johor lagi. Mereka pertama kali berjumpa di Shangri La hotel KL.

Untuk mengelak daripada ternampak, Muhyiddin selalu akan keluar negara dan menunggu Nika Gee datang kepadanya untuk melempiaskan nafsu serakahnya.

Peringkat awal Nika Gee dibayar RM5000 sebulan sebagai upah untuk melempiaskan nafsu Muhyiddin. Bayaran itu naik sehingga RM20k sebulan setelah beberapa lama.

Muhyiddin juga telah didakwa memberi banyak Projek kepada Nika Gee apabila beliau menjadi Menteri di bawah Barisan Nasional dulu.



Setelah beberapa lama, Muhyiddin mungkin sudah boring dan dia tidak lagi melayan panggilan talipon dan pesanan ringkas dari Nika Gee. Ini membuatkan Nika Gee marah lalu mengugut Muhyiddin dan meminta sebanyak RM5juta utk menutup mulutnya dari mendedahkan hubungan mereka.

Dato Stanley mengesahkan bayaran RM5juta telah dibuat kepada Nika Gee. Selepas kes itu Muhyiddin dan Nika berhubungan kembali dan melakukan perkara terkutuk seperti biasa.

Muhyiddin tahu Dato Stanley mengetahui mengenai hubungan seks sulit beliau dgn isterinya. Nika Gee juga ada minta Muhyiddin lantik suaminya jadi Hakim di Mahkamah Tinggi. Tetapi sebaliknya Muhyiddin hanya memberi pangkat Dato kepada suaminya.

Itulah sejarah bagaimana Dato Stanley Clement mendapat pangkat Dato.



Ini antara skandal panas Muhyiddin dan belum termasuk dakwaan ‘skandal 1Bestari.Net’ yang dilihat oleh rakyat tiada sebarang gerakan ke arah membawa Muhyiddin kemuka pengadilan pun. Tidak termasuk ada dakwaan anak menantu Muhyiddin memperolehi projek bernilai billion ringgit.

Bagaimana Muhyiddin dikatakan bersih sedangkan beliau belum diuji di mahkamah? Inilah masa sesuai untuk menguji integriti diri, ketika tidak lagi berkuasa seperti Najib Razak dan Zahid Hamidi.

Anda boleh membuat carian di ‘Google’ untuk mendapat gambaran jelas berhubung kes di atas.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker