Saya takkan ‘melompat cari tempat berlindung’ – Zahid

Saya takkan ‘melompat cari tempat berlindung’, kata Zahid

Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi tidak pernah terfikir mahu “melompat-lompat mencari tempat berlindung” seperti yang dilakukan orang lain, sebaliknya beliau berikrar akan membersihkan namanya di mahkamah.

“Kedaulatan undang-undang haruslah dihormati,” katanya dalam catatan di Facebook malam ini, sebagai respons terhadap gesaan ahli politik supaya perdana menteri baharu tidak melantik individu yang menghadapi pertuduhan jenayah, menganggotai Kabinetnya.

Zahid menghadapi perbicaraan 47 pertuduhan membabitkan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang membabitkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.

Dalam catatannya hari ini, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu mengingatkan pengkiritik terhadap prinsip “tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah”.

Selaku presiden Umno, katanya, beliau tidak pernah tunduk kepada tekanan, ugutan atau syarat ditetapkan orang lain selepas pilihan raya umum 2018 yang akan menghancurkan parti itu.

“Malangnya, pihak yang belum berpuas hati pula enggan menghormati prinsip undang-undang.”

Zahid berkata, beliau tidak memberi reaksi terhadap kritikan bukan bermakna beliau tiada jawapan, sebaliknya beliau menghormati prinsip tidak membuat kenyataan yang akan menghina mahkamah.

Terdahulu, Ketua Penerangan PAS Johor, Rusman Kemin hari ini dilaporkan berkata, Kabinet Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob tidak boleh terdiri daripada individu yang menghadapi perbicaraan dan “mereka dengan agenda peribadi”. FMT

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Katanya, ini penting untuk mengekalkan pentadbiran “bersih”.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kamu Semua Lakukan Penggubahan Wang Haram, Najib Yang Disalahkan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker