Kesan empat ‘parut’ besar di Gunung Jerai

Kesan empat ‘parut’ besar di Gunung Jerai

YAN – Tragedi kepala air di Gunung Jerai di sini membentuk sekurang-kurangnya empat kawasan runtuhan atau parut pada cerun gunung tertinggi di Kedah tersebut.

Ketua Cawangan Pakar Geologi Kejuruteraan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Malaysia, Dr. Ferdaus Ahmad berkata, hasil pemerhatian secara visual mendapati terdapat empat kesan runtuhan yang besar pada tubir gunung berkenaan.



“Kita lihat terdapat sekurang-kurangnya empat permukaan lebih luas menunjukkan runtuhan telah berlaku akibat kejadian kepala air atau kita panggil bencana geologi.

“Berdasarkan maklumat penduduk di sini (Yan), scar (parut) itu sebelum ini dilitupi dengan tumbuh-tumbuhan dan tanah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan pemerhatian dan tinjauan bersama Pengarah JMG Kedah, Perlis dan Pulau Pinang, Abdullah Sulaiman di kawasan peranginan Air Terjun Titi Hayun di sini hari ini.

Kata beliau, bencana geologi tersebut adalah proses semulajadi yang boleh berlaku apabila terdapat gabungan jenis batu, jenis retakan tertentu dalam batuan selain ditambah dengan faktor penyumbang lain seperti hujan dan gegaran di mana-mana kawasan bercerun. K Online



Kesan empat ‘parut’ besar di Gunung Jerai


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kamu Semua Lakukan Penggubahan Wang Haram, Najib Yang Disalahkan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker