Syarat Muhyiddin Undang Ketidakstabilan

Sebaran :

Oleh Nurul Aisyah

KERAJAAN Muhyiddin sinonim dengan kerajaan gagal. Oleh itu beliau dilihat tidak berhak meletakkan sebarang syarat untuk menyokong pelantikan Perdana Menteri ke 9. Jika kabinet kerajaan gagal meneraju kerajaan baru maka keberangkalian gagal menghampiri 100%.

Para penganalisis berpendapat, peletakan syarat tertentu oleh Perikatan Nasional (PN) dalam menyokong Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri akan memberi ruang kepada ketidakstabilan politik seperti sebelum ini.

Kerajaan baharu yang ingin ditubuhkan perlu mendapat sokongan tanpa syarat daripada semua ahli Parlimen bagi menjamin kestabilan politik dan pentadbiran kerajaan.

Syarat-syarat dikemukakan PN itu dilihat bertentangan dengan aspirasi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi membentuk sebuah kerajaan sementara yang kukuh dan stabil serta tidak tergugat dengan permainan nombor seperti yang berlaku sebelum ini.

Dalam keadaan ini, antara yang boleh dipertimbangkan adalah penubuhan Majlis Gerakan Nasional (Mageran) atau Majlis Pemulihan Negara (MPN) yang akan berfungsi sebagai badan bebas bagi menguruskan pentadbiran negara.

Untuk makluman,PN telah sebulat suara bersetuju untuk mencalonkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri baharu.

Bagaimanapun tegas Muhyiddin, sokongan terhadap Ismail Sabri itu adalah bersyarat, di mana beliau perlu memastikan barisan ahli jemaahnya terdiri daripada mereka yang berintegriti, beramanah dan bebas daripada sebarang pertuduhan jenayah di mahkamah.

Syarat yang Muhyiddin letakkan tersebut menjadi isu panas ketika ini.


Sebaran :

Leave a Reply