China cuba kawal pendapatan golongan bilionair

China cuba kawal pendapatan golongan bilionair. Presiden China, Xi Jinping berjanji akan menyeimbangkan pendapatan berlebihan golongan bilionair di negara itu bagi mengatasi jurang ketidaksamaan yang semakin meningkat.

Menurut laporan media tempatan, pemerintah perlu mengatur pendapatan golongan tersebut serta menggalakkan individu berpendapatan tinggi dan sektor perusahaan menyumbang lebih banyak kepada masyarakat.

Xi berkata demikian semasa mengadakan pertemuan dengan Suruhanjaya Hal Ehwal Ekonomi dan Kewangan Pusat Parti Komunis China, lapor The Guardian. 



Suruhanjaya itu akan meneruskan agenda kemakmuran bersama yang menjadi fokus utama penggubal dasar China selepas laporan dalaman jawatankuasa parti mengenai kemunculan baharu ahli perniagaan yang kaya-raya.

Polisi itu muncul ketika desakan semakin meluas oleh Beijing untuk menguasai syarikat swasta terbesar dalam industri daripada teknologi hingga pendidikan.

Penganalisis berkata, syarikat permainan dan media sosial, Tencent sudah menyatakan komitmen tanggungjawab sosialnya selepas merekodkan pertambahan keuntungan pada suku kedua tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Tencent, Pony Ma berkata, syarikat itu menjalankan perniagaan untuk membantu masyarakat dengan menggunakan teknologi dan kepakaran bagi membantu perniagaan kecil dan sederhana, perkhidmatan awam dan syarikat berkolaborasi secara dalaman serta berhubung dengan pengguna secara luaran.



Tencent merekodkan peningkatan keuntungan bersih sebanyak 29 peratus bagi tempoh tiga bulan hingga Jun sebanyak AS$6.6 bilion (RM26.4 bilion).

Pengarah Nongfu Spring iaitu syarikat pengeluar air minuman, Zhong Shanshan merampas takhta Jack Ma dan Pony Ma sebagai hartawan paling kaya di China.

Beliau memiliki kekayaan melebihi AS$72 bilion (RM288 bilion) iaitu AS$24 bilion (RM96 bilion) mengatasi Jack Ma.

China cuba kawal pendapatan golongan bilionair




Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Ini senarai penuh 114 Ahli Parlimen sokong pelantikan Ismail Sabri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker