Raja-raja Melayu tiba di Istana Negara untuk mesyuarat khas

Raja-raja Melayu tiba di Istana Negara untuk mesyuarat khas

Raja-raja Melayu mula tiba di Istana Negara untuk perbincangan khas yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Mesyuarat itu diadakan untuk membincangkan pembentukan kerajaan dan pelantikan Perdana Menteri baharu.

Raja-raja Melayu dijadual mengadakan pertemuan di Istana Negara hari ini bagi membincangkan isu semasa negara, khususnya berkaitan pelantikan perdana menteri ke-9.

Perbincangan khas Raja-raja Melayu itu dijadual bermula 2.30 petang, dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Tumpuan dijangka terarah kepada perbincangan bagi melantik seorang Ahli Parlimen yang mendapat sokongan majoriti untuk dilantik sebagai perdana menteri selaras Perkara 43(2)(a), Perlembagaan Persekutuan.

Ia berikutan keputusan Muhyiddin Yassin meletak jawatan sebagai perdana menteri pada 16 Ogos lalu.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Semalam, sesi menghadap Agong berlangsung secara berperingkat membabitkan 114 Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) serta Ahli Parlimen Bebas.

Ahli Parlimen daripada Pakatan Harapan (PH) dan sekutunya setakat semalam tidak menerima panggilan menghadap Agong.

Pada sesi menghadap itu, Sultan Abdullah mendengar sendiri Ahli Parlimen yang secara bergilir menyembah maklum secara lisan sokongan kepada calon perdana menteri dan mengesahkan akuan berkanun (SD) menamakan seorang calon yang dihantar ke Istana Negara Rabu lalu.

Berdasarkan kenyataan parti utama dan Ahli Parlimen sehingga semalam, nama Ismail Sabri Yaakob adalah calon perdana menteri bagi menggantikan Muhyiddin, manakala PH kekal mencalonkan Anwar Ibrahim.

Agong sebelum ini menitahkan perdana menteri yang dilantik perlu mengemukakan segera usul undi percaya di Dewan Rakyat bagi menentukan keabsahan jawatannya.

Baginda juga mengingatkan ketua dan wakil parti politik yang menang seharusnya menghulurkan tangan untuk bekerjasama dengan pihak tidak berjaya dan bersedia untuk bekerja dalam satu pasukan demi mengharmonikan suasana. FMT

Raja-raja Melayu tiba di Istana Negara untuk mesyuarat khas

https://mykmu.net/2021/08/19/ismail-sabri-pm-anwar-

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker