Annuar Musa kena ‘balun’ dengan netizen lagi

Annuar Musa kena ‘balun’ dengan netizen lagi

Pengguna media sosial menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap bekas menteri wilayah persekutuan Annuar Musa kerana tidak memakai pelitup muka ketika singgah membeli makanan di sebuah gerai di ibu kota.

Dalam catatan Ahli Parlimen Ketereh itu di Twitter, beliau memuat naik gambar menunjukkan beliau berdiri di gerai sambil memegang makanan, sambil diperhatikan peniaga.



“Berita terbaik dan dinantikan pagi ini… saya terjumpa warung menjual nasi berlauk air dingin berhampiran rumah saya di KL. Bukan itu saja, malah ada nasi tumpang dan kuih lompat tikam.

“Penjualnya tiada lesen, mohon Dewan Bandaraya Kuala Lumpur jangan tangkap, nanti putus ‘supply’ (bekalan),” katanya.

Tindakan Annuar tidak memakai pelitup muka mengundang kecaman warganet, yang merasakan beliau tidak menunjukkan contoh terbaik kepada rakyat.

Seorang pengguna, Kyary Hime, berkata “orang biasa” akan dihukum sekiranya mereka melanggar peraturan pencegahan wabak.



“YB faham tak sebahagian kemarahan kami adalah bila jadi begini,” katanya.

Baba Ang pula berkata walaupun seseorang itu wajar memakai pelitup muka apabila berdekatan orang lain.

“Kalau kita berjogging atau bersenam sendirian tak perlu (pelitup muka). Tapi yang ini kita membeli dari penjual. Ada kontak rapat kena pakailah penutup mulut dan hidung tu,” katanya.

Ed Art pula menggesa polis menyiasat tindakan bekas menteri itu.



“Sila ambil tindakan tegas! Rakyat perhati,” luahnya.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Annuar Musa kena ‘balun’ dengan netizen lagi




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Asyraf tak mahu jawatan, mahu terus bersuara untuk rakyat



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker