Che Ta Respon Saman RM5 Juta Azwan

Kemelut di antara Rozita Che Wan dan Azwan Ali nampaknya semakin panas apabila kini ia melibatkan polis dan saman menyaman. Ia bermula apabila Azwan mendakwa Che Ta telah menulis kenyataan fitnah terhadapnya. Rozita Che Wan pula sebelum itu telah dihina Azwan tentang cara pakaiannya ketika berada di Pusat Pemberian Vaksin.

Bagaimanapun, sebentar tadi Che Ta telah pergi ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields untuk merakam kenyataan selepas Azwan membuat laporan. Che Ta bersama suaminya Zain Saidin dan pengurus, Afeeq dilaporkan memberikan keterangan selama lebih 3 jam dan ini respon mereka.

Sebenarnya kalau tengok pergerakan saya, saya taknak benda ni panjang. Saya tak buat report polis, tak ambil juga tindakan saman. Kita ni manusia, Nabi pun ampunkan orang caci maki Baginda. Dia pun dalam industri yang sama. Tak perlu musuh. Kenapa nak buat musuh? Tak berbaik pun tak mengapa, janji jangan bermusuh.



Selain membuat laporan, Azwan turut mengeluarkan saman dan mereka terpaksa menerima keadaan sekarang.

Okay saya follow. Tapi takkan nak terus bagi. Kita ada undang-undang, jadi kita teruskan cara undang-undang.

Azwan atau Diva AA telah mengeluarkan saman sebanyak RM5 juta selepas medakwa Che Ta telah mengaitkan kemewahan dirinya dengan bekas Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Azmin Ali. Bn

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Che Ta Respon Saman RM5 Juta Azwan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Muhyiddin ‘jatuh’, langkah Azmin, Zuraida jadi tumpuan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker