Apa tawaran kerajaan baharu jika PN kembali berkuasa

Apa tawaran kerajaan baharu jika PN kembali berkuasa, soal Tricia Yeoh

Sekiranya calon dari Perikatan Nasional (PN) memperolehi sokongan majoriti untuk dipilih sebagai Perdana Menteri dan membentuk kerajaan, banyak pihak akan menunggu tawaran baharu yang akan diberikan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), Tricia Yeoh, persoalan yang timbul jika PN kembali berkuasa adakah tawaran reformasi yang diberikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini akan turut diberikan kepada pembangkang?

Tricia berkata, beliau bimbang jika PN kembali memerintah, keadaan akan kembali seperti sebelum ini dan tawaran reformasi yang diberikan oleh Muhyiddin sebelum ini tidak akan diberikan keutamaan.

“Jika mereka mempunyai 115 sokongan, saya rasa sangat menarik untuk melihat apakah bentuk tawaran yang akan diberikan, terutamanya tawaran reformasi yang diberikan oleh Muhyiddin sebelum ini.

“Adakah mereka juga akan memberi tawaran itu atau apakah lagi tawaran yang akan diberikan?

“Jika mereka memerlukan sokongan daripada pembangkang, saya rasa ia akan menjadikan reformasi itu menarik tetapi sekiranya mereka tidak perlukan sokongan pembangkang, keadaan akan kembali seperti biasa,” katanya kepada Astro AWANI.

Ketika menyampaikan Ucapan Khas pada 13 Ogos lalu, Muhyiddin memberi tujuh tawaran kepada pemimpin parti pembangkang untuk mendapatkan persetujuan bipartisan.

Antara tujuh tawaran tersebut ialah membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti di Dewan Rakyat, peruntukan sama rata kepada semua ahli parlimen tanpa mengira parti dan pelaksanaan Undi 18 tanpa perlu menunggu pendaftaran automatik.

Namun semua parti pembangkang menolak tawaran tersebut malah UMNO yang merupakan sebahagian daripada Perikatan Nasional juga menolak.

Ekoran dari itu, Muhyiddin meletak jawatan pada 16 Ogos kerana tidak lagi mempunyai sokongan majoriti.-Awani

Apa tawaran kerajaan baharu jika PN kembali berkuasa, soal Tricia Yeoh


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


‘Perutusan Propaganda’, Najib balun Muhyiddin cabar jawab soalan ini

Kerajaan campuran boleh dibentuk jika tiada pihak ada majoriti – Penganalisis

Muhyiddin ‘jatuh’, langkah Azmin, Zuraida jadi tumpuan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker