Lelaki Maut Kereta Terbabas Langgar Pokok

Lelaki Maut Kereta Terbabas Langgar Pokok

KUALA KRAI: Seorang lelaki maut selepas kereta jenis Proton Iriz yang dipandunya terbabas dan melanggar sebatang pokok di Kilometer 105.2 Jalan Kota Bharu-Gua Musang, di sini pada Jumaat.

Dalam kejadian jam 8.40 malam, Aznan Mohd Yusoff, 58, yang beralamat di Kampung Padang Kelewek, Tanah Merah maut di lokasi.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohamad berkata, siasatan awal mendapati semasa kejadian mangsa memandu bersendirian dari arah Gua Musang menghala ke Machang.

“Setiba di lokasi kejadian, kereta yang dipandu mangsa dipercayai hilang arah dan kemudian terbabas ke laluan bertentangan.

“Akibatnya, kereta tersebut telah melanggar pokok di tepi jalan sebelah kanan menghala ke arah Gua Musang.

“Kereta tersebut kemudian telah terjatuh ke dalam longkang,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Menurutnya, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra untuk bedah siasat.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-AA

Lelaki Maut Kereta Terbabas Langgar Pokok

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nasi lemak berlauk tahi ikan bilis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker