Anya kena kecam bercium dengab Reza

Anya kena kecam bercium dengab Reza

Gara-gara berani melakukan adegan berciuman termasuk adegan di ranjang, pelakon Indonesia, Anya Geraldine tidak semena-mena menjadi sasaran dan perhatian warganet di media sosial.

Melakukan adegan itu bersama pasangan pelakon, Reza Rahadian bagi menjayakan sebuah drama bersiri web berjudul Layangan Putus, Anya bagaimanapun menafikan bahawa lakonannya itu dilihat begitu mengesankan kerana dia memiliki perasaan terhadap Reza.



“Tidaklah. Jika ada yang mengatakan ia dilihat berkesan kerana saya bernafsu dengan Reza, itu saya nafikan. Sudah namanya ini sebuah lakonan. Memang tujuannya untuk lakonan semata-mata,” katanya ketika ditemubual dalam program Youtube Deddy Corbuzier.

Selain itu, kata Anya, dia merasakan bahawa tidak mungkin adegan itu perlu dilakukan dengan nafsu memandangkan di set penggambaran juga terdapat begitu ramai kru produksi yang bertugas.

“Tak mungkinlah… di set penggambaran juga ramai yang ada. Lakonan itu dilihat orang. Tak terfikirlah pula nak bernafsu.

“Tambahan pula, saya pun tidak merasakan Reza juga ada isu begitu kerana dia merupakan seorang aktor yang sudah terbaik di bidangnya, profesional.



“Sebenarnya, semua itu cuma sekadar ciuman. Tidak lebih,” katanya.

Layangan Putus menyaksikan nama Anya melonjak naik sebagai aktres baru.

Di serial web produksi MD Pictures itu, Anya memainkan watak Lidya, orang ketiga dalam kehidupan perkahwinan Aris (Reza Rahadian) dan Kinan (Putri Marino).

Untuk rekod, ini merupakan kali kedua Anya diberi peranan sebagai wanita perampas dengan sebelumnya menerusi naskah yang menyaksikannya bergandingan dengan Gading Marten dan Ariel Tatum. Utusan



Anya kena kecam bercium dengab Reza


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Wanita dakwa jumpa Rasulullah alami bipolar disorder (Video)



Michael Ang jadi penyanyi pulak, ini kata Fizz Fairuz



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker