Banjir: E-rebat RM500 bantu mangsa banjir beli peralatan elektrik

Banjir: E-rebat RM500 bantu mangsa banjir beli peralatan elektrik

Bermula hari ini, mereka yang terkesan akibat bencana banjir ini boleh mendapatkan peralatan elektrik baharu menggunakan e-rebat bernilai RM500.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, bantuan khas ini dikhususkan kepada warganegara Malaysia yang berdaftar sebagai pengguna atau pemilik akaun elektrik domestik dengan syarikat utiliti elektrik, rumah kediaman yang ditenggelami banjir dan tersenarai sebagai mangsa bencana.

“Melalui bantuan ini, setiap kediaman yang layak boleh memohon dan mendapatkan e-rebat bernilai RM500 semasa membuat pembelian sama ada secara fizikal di kedai dan pasaraya yang berdaftar atau di platform e-dagang yang diiktiraf di bawah program Sustainability Achieved Via Energy Efficiency (SAVE).

“Pemberian bantuan ini hanya untuk 15 peralatan elektrik domestik yang disenaraikan, tidak terikat kepada syarat label cekap tenaga dan perlu mematuhi piawaian keselamatan elektrik.

“Walau bagaimanapun, pengguna digalakkan membeli peralatan elektrik berlabel cekap tenaga,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

15 barangan peralatan elektrik domestik yang disenaraikan termasuk peti sejuk, mesin basuh, kipas, lampu, periuk nasi, televisyen, seterika, dapur elektrik, ketuhar gelombang mikro dan penghawa dingin.

Keterangan lanjut berkenaan program e-rebat ini boleh didapati dengan melayari www.seda.gov.my/bantuan.

Disember lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan Bantuan Pembelian Peralatan Elektrik Domestik sebanyak RM500 dalam bentuk e-rebat, bertujuan meringankan beban pengguna elektrik domestik yang terkesan banjir untuk membuat pembelian peralatan elektrik bagi menggantikan peralatan yang rosak.-AA

Banjir: E-rebat RM500 bantu mangsa banjir beli peralatan elektrik

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Wanita dakwa jumpa Rasulullah alami bipolar disorder (Video)

Michael Ang jadi penyanyi pulak, ini kata Fizz Fairuz

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker