Notis tukar 24 jam pada SUK Melaka: Perkara biasa, kata KM

Sebaran :

Notis tukar 24 jam pada SUK Melaka: Perkara biasa, kata KM

Pertukaran setiausaha kerajaan negeri (SUK) dalam masa 24 jam adalah perkara biasa terutama membabitkan penjawat awam, kata Ketua Menteri Melaka Sulaiman Md Ali.

“Tukar SUK itu perkara biasa kerana datang, masuk, pergi dalam setiap jawatan itu merupakan suatu proses dan tidak ada yang pelik.

“Kalau dia diperlukan dalam satu-satu tempat yang lebih baik, dia pergilah jadi tidak timbul isu kemelut ke apa ke sebab saya sendiri tahu dah lama dia akan berpindah,” Sulaiman dipetik sebagai berkata oleh Melaka Hari Ini.



Kamel Mohamad dilapor berpindah tugas ke Putrajaya berkuat kuasa semalam.

Dalam sidang media selepas mesyuarat exco di Melaka pagi ini, Sulaiman turut mengulas kenyataan Ketua Pembangkang Adly Zahari yang mendakwa pertukaran itu seperti tergesa-gesa.

“Terpulang dia (Adly) nak cakap apa, mungkin zaman dia tidak berlaku, zaman saya berlaku dan saya sendiri sudah tahu lama, sebulan atau tiga bulan lalu.

“Saya sudah tahu kerana itu perkara biasa kepada mana-mana ketua jabatan dan SUK ditukarkan ke satu kementerian yang lebih memerlukan beliau di sana,” katanya. Mk



Notis tukar 24 jam pada SUK Melaka: Perkara biasa, kata KM


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Myvi tahan lasak – Kecut Perut Lihat Pokok Tumbang Mengejut (Video)

LPPR bersih nama Azam Baki daripada salah laku pembelian saham


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published.