Azmin Ali jadi TPM seterusnya?

Baru-baru ini menjadi berita bahawa Perdana Menteri sedang meneliti kemungkinan rombakan Kabinet dan kemungkinan pelantikan timbalan perdana menteri.
Bagi pengundi-pengundi seperti kami, kami amat mengalu-alukan rombakan Kabinet kerana nampaknya beberapa Menteri tidak layak untuk berada dalam barisan itu sama sekali.
Segelintir menteri bukan sahaja tidak bekerja langsung, malah telah terbukti memalukan Kabinet Malaysia.
Daripada kenyataan yang mereka buat sehingga ketiadaan tindakan yang diambil, menteri-menteri ini sepatutnya melakukan perkara yang sepatutnya dan berundur sahaja.
Kami, sebagai pengundi berharap Perdana Menteri kami, Dato Seri Ismail Sabri Yaakob membuat keputusan yang betul dan menyingkirkan mereka yang memalukan dan yang tidak berprestasi.
Walaupun kami amat mengalu-alukan rombakan Kabinet, terdapat kebimbangan d kalangan pengundi mengenai pelantikan timbalan perdana menteri.
Khabarnya, perebutan antara Datuk Seri Mohd Azmin Ali dan juga Datuk Seri Hamzah Zainuddin, dengan Azmin Ali menjadi pendahulu.
Bagi kami sebagai pengundi, pelantikan TPM tidak relevan buat masa ini dan kerajaan sepatutnya menumpukan kepada isu yang lebih penting.
Memandangkan Azmin Ali telah terkenal sebagai pendahulu dalam perlumbaan ini, kita tertanya-tanya apakah faedah yang akan diberikan kepada pengundi.
Nik Imran Nik Hussein
Kampung Medan
Jalan Klang Lama
Kuala Lumpur

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker