Hamzah atau Azmin mungkin dilantik TPM minggu depan?

Hamzah atau Azmin mungkin dilantik TPM minggu depan?

Ismail Sabri Yaakob dijangka mengumumkan rombakan Jemaah Menteri minggu depan, termasuk pelantikan Timbalan Perdana Menteri dengan Hamzah Zainudin dan Azmin Ali antara calon yang diuar-uarkan untuk menyandang jawatan itu, menurut laporan media.

Utusan Malaysia memetik sumber berkata, rombakan itu juga berkemungkinan memberi kesan kepada kedudukan dua menteri daripada Bersatu, iaitu Rina Harun (Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat) dan Ahmad Faizal Azumu (Belia dan Sukan).

Menurut laporan itu, rombakan itu masih dalam ‘proses tawar-menawar’ bagi menentukan siapakah yang dikekalkan, digantikan atau digugurkan dengan pengumuman mungkin dibuat pada Rabu selepas mesyuarat mingguan Jemaah Menteri.

Ismail dijadualkan bertemu Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin semalam berkenaan rombakan itu “khususnya membabitkan menteri dan timbalan dalam kalangan Bersatu.”

Rina dan Faizal menjadi sasaran kecaman warganet di sebalik kritikan terhadap pengendalian bencana banjir baru-barun ini yang disifatkan antara yang terburuk.

“Tetapi jika kerusi Timbalan Perdana Menteri diberi kepada Bersatu, Faizal digugurkan,” kata laporan itu.

Sumber memaklumkan bahawa Azmin dan Hamzah dipertimbangkan sebagai timbalan Ismail, “tetapi Muhyiddin dikatakan cenderung untuk memilih Azmin berbanding Hamzah.”

Azmin merupakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri selain menjadi Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), manakala Hamzah adalah Menteri Dalam Negeri dan Setiausaha Agung Bersatu. FMT

Hamzah atau Azmin mungkin dilantik TPM minggu depan?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Azad tanya KJ, beli peranti digital dekat Shopee ke?

Rita Rudaini pertahan KJ mengenai dos keempat

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker