PM Tidak Mahu Mangsa Banjir Menunggu Lama Terima Bantuan Sebelum Ini.

Sebaran :

PM Tidak Mahu Mangsa Banjir Menunggu Lama Terima Bantuan Sebelum Ini.

SEGAMAT: Kesemua ketua isi rumah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) perlu dipastikan menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) sebelum mereka pulang ke kediaman masing-masing.

Penegasan itu dikeluarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang tidak mahu lagi melihat terdapat mangsa banjir yang perlu menunggu lama untuk menerima bantuan terbabit seperti sebelum ini.

Beliau berkata, pemberian BWI yang lebih awal termasuk dari kerajaan-kerajaan negeri membolehkan keluarga terjejas menampung pembelian kelengkapan baharu yang mungkin rosak akibat bencana itu.



“Kita tak mahu selepas enam bulan baru dapat. Seperti dulu-dulu (ada yang) tiga hingga enam bulan baru dapat. Ada seorang mak cik maklum dia tinggalkan semua barang, dia pun tak tahu apa jadi dengan barangan di rumah tetapi memang rosaklah bila biar lama.

“Jadi kita bagi (BWI) ini terus (kepada keluarga) bagi mengurangkan bebanan mereka yang mungkin boleh beli barang keperluan dan lain-lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika bersama-sama Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad meninjau keadaan banjir di daerah itu termasuk singgah melawat pusat pemindahan sementara (PPS) Balairaya Kampung Tandong di Buloh Kasap, hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri turut meluluskan peruntukan segera RM5 juta bagi pembinaan ban di Kampung Spang Loi, di sini melibatkan naik taraf ban sedia ada sepanjang 1.5 kilometer.



Peruntukan itu juga bagi meninggikan ban itu daripada aras 5.2 meter kepada 6.2 meter bagi menampung air banjir yang meningkat berbanding semasa direka bentuk sebelum ini.

“Saya sudah dengar pembentangan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), jika nak elak banjir berterusan di Segamat, ban baharu perlu dibina supaya ketinggian dapat dinaikkan.

“Ban yang pecah di Segamat berikutan ia tak dapat menampung jumlah air yang terlalu besar, oleh itu saya luluskan peruntukan RM5 juta supaya ban baharu dapat dibina segera sebagai pelan jangka panjang kurangkan banjir di daerah ini,” katanya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan akan memberi fokus menyelesaikan isu banjir di kawasan atau negeri yang berhadapan isu banjir yang mendesak serta kritikal.



“Kawasan seperti Segamat di Johor, Temerloh di Pahang serta Kelantan kita akan fokus untuk selesaikan isu banjir kerana terdapat keperluan mendesak. Selepas itu, kerajaan akan menyelesaikan isu banjir di kawasan dan negeri lain seluruh negara,” katanya.-UM

PM Tidak Mahu Mangsa Banjir Menunggu Lama Terima Bantuan Sebelum Ini.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Aliff Syukri gila publisiti tapi realitinya lain

Janggut suami Heliza jadi tumpuan


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *