Janggut suami Heliza jadi tumpuan

Janggut suami Heliza jadi tumpuan

Bukan mudah menjadi selebriti dan aktivitis seperti Heliza Helmi kerana segala mengenai dirinya akan jadi topik perbualan netizen.

Ramai terkejut apabila Heliza, 36, sebelum ini yang dikenali sebagai wanita sopan boleh memilih lelaki yang berpewatakan lebih berani di khalayak ramai.

Tetapi itulah namanya jodoh dan soal hati, siapalah kita untuk rasa terkejut pula, yang terbaik adalah tumpang rasa bahagia dan doakan terbaik untuk kebahagiaan mereka.

Semalam, media melaporkan penikahan Heliza yang kini bergelar Datin Seri setelah menikahi ahli perniagaan yang dipercayai seorang jutawan, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman.

Tetapi yang menjadi topik perbualan netizen adalah janggut suami Heliza yang kelihatan panjang hingga paras bawah dada

Antara komen pemilik FB Amylia Dania, sikit2 dh laa janggut tu. Nie dh panjang sangat serabut pulak, tgok geli. Apa pon tahniah semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

Seorang lagi pemilik FB Haibu Abdmanaf, janggutnya buat rebonding.

Ada pula netizen yang bersungguh-sungguh membuat kajian mengatakan persis janggut Dewa Melayu yang disembah orang Cina di Malaysia iaitu dikenali Datuk Gong, Datuk Na Tuk Kong atau Datuk Keramat.

Penyembahan Datuk Gong ini sejak awal abad ke-19 lagi yang dikatakan membawa kesejahteraan, kesihatan dan keamanaan.

Malah dakwa mereka, janggut suami Heliza tidak mampu mengalahkan lelaki dengan janggut terpanjang dunia iaitu Bhau Sarwak Singh iaitu Ketua Guru Nanak Sikh dari Kuil Surrey.

Bagaimanapun, ia mungkin sekadar hiburan di kalangan netizen yang tertekan berikutan isu sosial dan ekonomi terkesan akibat pandemik Covid-19.

Majlis akad nikah mereka berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, jam 11.11 pagi semalam.

Heliza sah menjadi isteri Mahadi dengan sekali lafaz menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin dan senaskhah al-Quran.

Berita perkahwinan Heliza dan Mahadi dikongsi oleh perunding perkahwinan, Fizz dari BenSignatures Event Wedding Planner.

Usai nikah, pasangan pengantin diraikan bersama ahli keluarga dan kenalan terdekat di Lanai Asmara, Putrajaya.

Menerusi hantaran video menerusi Instagram Story, jurufoto Aqo Imran, Heliza mengakui berdebar sebelum acara akad nikah dijalankan.

“Berdebar-debar. Perasaannya nak semua orang doakan yang terbaik,” katanya ringkas.

Difahamkan, suami Heliza adala pengasas dan Presiden AUF MBZ Concortium iaitu syarikat yang menawarkan perkhidmatan pelaburan kewangan. Wc


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Aliff Syukri nazak? Ibu minta cepat wasiatkan hartanya

Diva AA Perli Isu Majlis Perkahwinan Kamal dan Uqasha

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker