Kisahnya…Baru Tahu Rupa-Rupanya Cecair Antiseptik Boleh Guna Untuk 4 Perkara Ini!

Kisahnya…Baru Tahu Rupa-Rupanya Cecair Antiseptik Boleh Guna Untuk 4 Perkara Ini!

CECAIR antiseptik merupakan bahan pembunuh kuman yang bermanfaat untuk menjaga kebersihan tubuh.

Ia juga dikenali sebagai pembasmi kuman, kerana kemampuannya membunuh dan menghalang perkembangan kuman pada kawasan yang hidup, seperti tubuh manusia, permukaan objek dan lain-lain.

Namun, selain berguna untuk melindungi kulit tubuh daripada kuman, cecair ini boleh digunakan untuk berbagai aktiviti di rumah.

Artikel ini membahas empat manfaat cairan antiseptik untuk kerja-kerja di rumah, diantaranya;

1. Campuran untuk merendam pakaian kotor

Selain dari menggunakan air dan bahan pencuci, anda juga boleh memasukkan cecair antiseptik ke dalam pakaian kotor yang direndam.

Seperti yang diketahui, penggunaannya memberikan perlindungan tambahan daripada kuman dan bakteria penyebab penyakit yang melekat pada pakaian.

2. Bahan untuk mencuci pelitup muka

Ketika berada di luar rumah, topeng muka yang digunakan perlulah sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selamat dipakai.

Oleh itu, pastikan segera rendam pelitup muka dalam campuran air dan cecair antiseptik selepas digunakan.

Untuk memastikan ia berada dalam keadaan selamat, cuba rendam pelitup muka kain dalam bekas khas yang berasingan daripada pakaian lain.

3. Membersihkan permukaan objek di rumah

Biasanya cecair antiseptik boleh digunakan untuk membersihkan permukaan objek di dalam rumah bermula dari meja, ruang dapur, tombol pintu, alat pembersihan rumah sehinggalah alat permainan kanak-kanak.

4. Membersihkan lantai

Cecair itu juga boleh digunakan untuk membersihkan permukaan lantai rumah anda, bukan sahaja boleh membunuh kuman malah memberikan perlindungan tambahan kepada penghuni rumah.

Info penting

Cecair antiseptik terbukti berkesan melawan kuman. Meskipun begitu, perhatikan arahan penggunaan dibelakang botol dahulu sebelum digunakan dalam aktiviti rumah.

Berdasarkan manfaat cairan antiseptik yang diterangkan – jelas terbukti ia mampu digunakan dalam berbagai aktiviti baik di dalam mahupun di luar rumah dengan tujuan yang sama iaitu membunuh kuman.

Kisahnya…Baru Tahu Rupa-Rupanya Cecair Antiseptik Boleh Guna Untuk 4 Perkara Ini!

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Balqis rayu dana untuk selamatkan Ariq Rizqy

Aliff Syukri mohon maaf bimbang umur tidak panjang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker