Tertinggal isteri selepas isi minyak (Video)

Sebaran :

Tertinggal isteri selepas isi minyak (Video)

TERTINGGAL barang itu perkara biasa berlaku dan yang peliknya apabila di separuh pemanduan baru teringat.

Terpaksalah kita berpatah balik untuk mengambil barangan tersebut, jadi satu kerja pula!

Lazimnya kejadian ini berlaku sebab fikiran kita tidak fokus dan banyak sangat benda yang hendak difikirkan hingga lupa jadinya.



Bagaimanapun lain pula halnya yang terjadi pada seorang wanita ini yang ditinggalkan oleh suaminya yang membawa motosikal bersama anaknya.

Dalam sebuah perkongsian rakaman CCTV yang dimuat naik semula menerusi pemilik akaun TikTok @miszzue, dapat dilihat ada sebuah motosikal ditunggang oleh seorang lelaki bergerak sambil seorang wanita dengan topi keledar di kepala dibiarkan tertinggal di stesen minyak tersebut.

Perkongsian rakaman video tersebut telah meraih lebih 200,000 tontonan dan lebih 7,000 tanda suka.

Rata-rata warganet terhibur melihat video tersebut malah tidak kurang juga berkongsi pemgalaman peribadi yang mengundang tawa di kalangan wargamaya.



Tertinggal isteri selepas isi minyak (Video)


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kamal tak kisah Uqasha peluk Michael Ang ke?

Nabil sebak mangsa banjir ketuk cermin kereta kelaparan


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *