Resepi daging masak hitam tumis darat

Resepi daging masak hitam tumis darat

Bagi yang pening memikirkan apa yang ingin dimasak hari ini, apa kata anda cuba resepi daging masak hitam tumis darat yang dikongsi oleh Siti Zaidah ini. Resepinya sangat sedap dan membuka selera. Pastinya anda akan berpuas hati.

BAHAN A

10 tangkai cili kering
3 ulas bawang putih – hiris
6 ulas bawang merah – hiris
1 labu bawang besar – hiris
3 cm halia – hiris
½ sudu besar biji jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
½ sudu besar biji ketumbar

BAHAN B

500 gm daging – potong ikut suka
2 biji kentang – belah empat (jika suka)
1 batang serai – ketuk
2 sudu besar sos tomato
5 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
3 tangkai daun kari
3 tangkai daun pudina
Sedikit kicap masin
Sedikit rempah 4 sekawan
Sedikit gula Melaka
Garam

BAHAN C

3 sudu besar minyak
3 ulas bawang merah – hiris nipis
1 ulas bawang putih – hiris nipis
1 tangkai daun kari

CARA

1.Goreng bahan A dengan sedikit minyak hingga layu dan naik bau.
2.Kemudian kisar hingga halus, dengan sedikit air dan minyak gorengan tadi.
3.Tuangkan bahan kisar di dalam mangkuk. Masukkan daging dan daun kari. Perap selama selama 30 minit.
4.Panaskan kuali, tumiskan rempah empat sekawan sehingga wangi. Masukkan daging yang diperap tadi, kentang, serai, sos tomato, sos tiram, kicap masin dan kicap manis. Masak menggunakan api perlahan sehingga pecah minyak.
5.Apabila daging dan kentang sudah empuk, masukkan gula merah, gula dan garam secukup rasa.
6.Jika sudah sebati rasanya. Padamkan api. Angkat dan hidangkan ke dalam mangkuk. Ketepikan.
7.Di kuali lain, panaskan minyak, tumiskan bahan C sehingga kekuningan.
8.Kemudian tuangkan ke dalam mangkuk daging tadi. Enak dihidangkan bersama roti dan nasi.

Ok dah siap, apa lagi sila jamu selera dan kongsikan kepada rakan-rakan anda resepi sedap ini.

Resepi daging masak hitam tumis darat


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kamal tak kisah Uqasha peluk Michael Ang ke?

Nabil sebak mangsa banjir ketuk cermin kereta kelaparan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker