Resepi Ayam Goreng Serai Thai

Resepi Ayam Goreng Serai Thai Mudah Tak Guna Banyak Bahan, Merecik Rasanya!

JIKA sebut sahaja ayam goreng, pasti sudah terbayang-bayang keenakan rasanya.

Sajian ayam goreng nampak sahaja ringkas namun mampu menjadi kegemaran semua golongan termasuk kanak-kanak.



Biasa yang kita jumpa ayam goreng kunyit, tepung atau berempah. Apa kata kali ini mencuba pula ayam goreng serai ala-ala di restoran Thai.

Rasanya yang merecik pasti membuatkan korang menggemarinya. Rasanya pula yang tidak pedas sudah tentu membuatkan anak-anak suka.

Sangat sedap ayam goreng serai Thai ini. Cukup rasa rempah ramuannya. Goreng pula garing-garing dan dimakan panas. Waduh! Memang membuka selera.

Bahan-bahannya;



500gram isi ayam – dipotong kecil dan dicuci bersih
2 batang serai – dipotong 2 cm dan ditumbuk hancur mengunakan lesung batu
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos ikan
1 sudu teh gula
2 sudu makan tepung jagung
5 helai daun limau purut
Ayam goreng serai Thai mudah tak guna banyak bahan, merecik rasanya!

Bahan ditumbuk atau dikisar halus tanpa air;

2 pokok akar ketumbar
2 sudu makan lada hitam
5 ulas bawang putih

Cara membuatnya;



1. Masukkan ayam dan kesemua bahan (kecuali daun limau purut) serta bahan yang dikisar halus ke dalam bekas. Gaul sebati dan perapkan paling kurang selama 30 minit.
2. Panaskan minyak agak-agak boleh tenggelamkan ayam apabila digoreng nanti.
3. Masukkan ayam dalam kuali panas dan goreng sehingga keperangan.
4. Apabila ayam sudah masak, angkat dan masukkan ke dalam bekas serta taburkan daun limau purut yang telah dihiris tadi. Ratakan ayam bersama daun limau purut.
5. Ayam goreng serai Thai siap untuk dihidang.

Selamat mencuba! SPlus

Resepi Ayam Goreng Serai Thai


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Puteri Balqis rayu dana untuk selamatkan Ariq Rizqy

Aliff Syukri mohon maaf bimbang umur tidak panjang



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker