Binance mata wang kripto paling untung tahun ini

Binance mata wang kripto paling untung tahun ini

Mata wang kripto baharu mencatatkan prestasi yang lebih baik tahun ini dan trend itu dijangka berterusan.

Antara tiga token digital terbesar mengikut nilai pasaran, Binance Coin, atau BNB, mengatasi prestasi dua pesaingnya yang lebih besar iaitu Bitcoin dan Ether.



Syiling itu, yang dikeluarkan oleh tukaran kripto Binance Holdings Ltd, meningkat kira-kira 1,300 peratus pada 2021, demikian menurut Arcane Research.

Sebagai perbandingan, peneraju pasaran, Bitcoin hanya meningkat 65 peratus manakala Ether, token kedua terbesar, meningkat 408 peratus.

Ia juga adalah mata wang Binance Smart Chain (BSC), platform rantaian blok (blockchain) yang menyokong kontrak pintar untuk digunakan dalam kewangan desentralisasi (DeFi) dan aplikasi lain.

Memandangkan BSC menjadi pencabar kepada blockchain Ethereum, ia membantu meningkatkan keuntungan dalam token BNB, menurut Arcane Research.



Syiling alternatif lain, atau ‘altcoin’, menyaksikan keuntungan besar pada 2021, apabula mendapat manfaat daripada peningkatan minat pelabur terhadap aset digital dan pengembangan ekosistem kripto.

Solana dan Fantom, syiling yang disambungkan dengan platform blockchain lain yang menyokong kontrak pintar, sebagai contoh mengatasi pulangan Binance Coin.

“Walaupun Bitcoin menunjukkan pengukuhan pada 2021, kami melihat aliran modal yang berterusan mengalir ke dalam altcoin,” menurut firma penyelidikan itu di dalam satu nota.

Penganalisis firma itu meramalkan momentum paling kukuh dalam token yang berkaitan dengan metaverse dan GameFi, bersama-sama dengan ‘ETH-killers’ yang menyasarkan Ethereum. BH



Binance mata wang kripto paling untung tahun ini


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Puteri Balqis rayu dana untuk selamatkan Ariq Rizqy



Aliff Syukri mohon maaf bimbang umur tidak panjang



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker