Noki tidak berbaju: Jual elemen sensasi demi trending?

Noki tidak berbaju: Jual elemen sensasi demi trending?

Menjual elemen komersil, diselitkan beberapa adegan sensasi menjadi pilihan golongan penerbit dan pengarah dalam memperdagangkan nilai sesebuah karya.

Tanpa elemen komersil atau sensasi, sesebuah karya dianggap ‘lemau’ dan kurang tarikan, malah, sukar menjadi trending.

Jadi, tidak hairanlah jika drama tempatan mudah dikritik, hingga ada yang melemparkan pandangan spektikal bagaikan ‘ketandusan’ idea hingga identiti karya seolah-olah tiada berbudaya.

Pengarah dan penerbit, Shuhaimi Lua berpendapat, pihak produksi perlu kreatif dalam mewarnai sesebuah watak agar lebih menonjol terutama membabitkan bintang baharu.

Namun, katanya, tidak melanggar garis panduan yang ditetap oleh Lembaga Penapis Filem (LPF).

Justeru, pemilik Tanah Beris Film Production tidak menafikan, ‘menjual’ elemen komersil seperti babak tidak berbaju membabitkan hero drama terbaharu, Oh My Hantaran, Noki K-Clique.

“Saya akui menjual Noki dalam drama Oh My Hantaran. Ini kerana saya mahu memperkenalkan penyanyi rap popular itu dalam bidang lakonan.

“Agak sukar menonjolkan Noki berikutan ramai hero tampan mewarnai dunia lakonan.

“Namun, dengan cara ini boleh menarik perhatian penonton dan peminat baharu. Nyata, percaturan saya tidak silap apabila menerima banyak tanda ‘like’ dalam laman sosial.

“Saya nampak di sebalik persepsi buruk dilemparkan, ada kebaikannya. Tujuan saya hanya mahu menjadikan drama ini mencapai sasaran. Dan, elemen komersial dan sensasi perlu disuntik dalam sesebuah drama,” katanya kepada BH Online.

Shuhaimi menjawab persoalan media mengenai adegan panas membabitkan Noki tidak berbaju menerusi sidang media drama Oh My Hantaran secara virtual, baru-baru ini.

Menerusi drama Oh My Hantaran, Shuhaimi memperlihatkan Noki tidak berbaju ketika menjayakan adegan mandi sungai.

Bagaimanapun, tambah Shuhaimi, adegan tidak berbaju bukan untuk tujuan publisiti.

“Babak ini bersesuaian dengan situasi mandi sungai. Budak kampung mandi sungai memang tidak berbaju.

“Kita pun tahu, jika berbaju boleh melemaskan, susah nak berenang.

“Bagaimanapun, babak yang memperlihatkan susuk tubuh Noki sudah ditapis. Stesen televisyen mengingatkan saya agar memilih babak yang bersesuaian.

“Sejujurnya, ada beberapa babak lagi membabitkan Noki tidak berbaju. Semua babak yang dilakukan atas persetujuan Noki, jadi tidak salah atas keizinannya,” katanya.

Shuhaimi turut memuji kerjasama dan kualiti lakonan diberikan Noki, meskipun masih hijau dalam dunia lakonan.

“Mulanya, Noki gementar hingga tidak mampu melontarkan dialog. Kena ambil beberapa ‘take’ disebabkan Noki berdebar menjayakan adegan bersama Elisya Sandha.

“Namun, Elisya bijak mengawal situasi. Pada hari kedua penggambaran, Noki sudah berjaya membuat banyak perubahan.

“Saya agak terkejut melihat perubahan drastik dilakukan. Ini kerana saya sendiri tidak yakin mahu memilih Noki ketika hadir sesi uji bakat dilakukan.

“Alhamdulillah, Noki berjaya menjiwai watak dengan baik pada hari kelima penggambaran,” katanya.

Tidak hanya Noki, Shuhaimi turut mengetengahkan seorang lagi anggota K-Clique iaitu MK sebagai tarikan dalam drama Oh My Hantaran.

Shuhaimi berkata, dia akan menilai dan memperlihatkan beberapa ciri sebelum mengambil seseorang pelakon membintangi drama arahannya.

“Ada beberapa ciri yang ditetapkan sebelum saya memilih pelakon. Pertama, saya melihat latar belakang seseorang.

“Contohnya, sekiranya penyanyi mungkin perasaan kurang malu sudah tiada. Ini kerana kebanyakan penyanyi boleh berlakon.

“Kedua adalah minat. Adakah berminat menjadi pelakon atau sebaliknya mempunyai niat lain. Jika berminat, seseorang pasti boleh melakukannya.

“Syarat ketiga sudah tentu membabitkan pakej. Seperti Noki, ada rupa dan sekiranya mahu belajar, dia boleh menjadi hero kegilaan ramai pada masa akan datang,” katanya.

Drama Oh My Hantaran akan bersiaran menerusi slot Diandra di TV9, setiap Isnin hingga Khamis, jam 8.30 malam sejak kelmarin.

Drama bersiri 20 episod itu diarahkan Shuhaimi, manakala skrip ditulis oleh MF Kencana.

Selain Noki, MK dan Elisya, drama berkenaan turut dibintangi Anna Jobling, Jasper Supayah, Salina Saibi, Raja Azura, Khairil Anwar, Ieda Moin, Zalif Sidek, Ziana Zain, Jasmin Hamid, Nazia Mustafar dan Kak Girl. BH

Noki tidak berbaju: Jual elemen sensasi demi trending?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Puteri Balqis rayu dana untuk selamatkan Ariq Rizqy

Aliff Syukri mohon maaf bimbang umur tidak panjang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker