Cara Tebus Kredit RM400 Di Shopee Dan Lazada Bagi Program SAVE 3.0

Cara Tebus Kredit RM400 Di Shopee Dan Lazada Bagi Program SAVE 3.0

Kerajaan baru-baru ini telah melancarkan Program Sustainablity Achieved via Energy Efficiency (SAVE) 3.0. Program ini menawarkan e-rebat sehingga RM400 untuk pembelian peralatan elektrik cekap tenaga.

Sebelum ini, program SAVE 2.0 menawarkan e-rebat sebanyak RM200 kepada isi rumah bagi pembelian penyaman udara atau peti sejuk sahaja yang mana telah menerima label kecekapan tenaga 4 atau 5 bintang daripada Suruhanjaya Tenaga (ST). Jadi, SAVE 3.0 ini meliputi lebih banyak pilihan kategori peralatan elektrik.

Jangan keliru, program ini tidak terhad untuk mangsa banjir sahaja. Namun, anda boleh menyemak terlebih dahulu syarat kelayakannya seperti:

Rebat ini terhad kepada satu akaun sahaja bagi pembelian untuk 2022 berdasarkan kepada ‘first come first serve basis’

Hanya warganegara Malaysia memiliki akaun elektrik tarif domestik berdaftar dengan syarikat-syarikat utiliti (TNB, SESB, SEB dan NUR Power)

Bagi penerima e-rebat SAVE 2.0, anda hanya layak untuk tebus kategori dua sahaja

Pembelian boleh dilakukan secara dalam talian menerusi Shopee, Lazada dan PG Mall. Boleh juga melakukan penebusan dan pembelian di kedai atau pasar raya berdaftar. Rujuk di SINI untuk mengetahui kedai yang berdaftar.

Seperti yang dinyatakan, terdapat dua kategori di bawah Program SAVE 3.0, iaitu:

Kategori 1 – Peti sejuk dan penyaman udara
Kategori 2 – Televisyen, mesin basuh, ketuhar gelombang mikro dan periuk nasi

Cara Penebusan di Shopee

Untuk penebusan, anda boleh klik pautan INI. Kemudian, pilih produk yang disenaraikan dan mempunyai tag ‘SAVE 3.0’. Seterusnya, mesej penjual dan mereka akan membantu anda dalam mendapatkan baucar. Setelah diterima, penjual akan memberikan anda kod baucar dan boleh terus tekan “Shop Vouchers” serta masukkan kod tersebut semasa ‘Check Out’.

Boleh rujuk gambar di bawah:


Sekiranya ada yang mahukan pembelian di Lazada, caranya juga sama. Anda boleh klik di SINI.

Buat makluman, penebusan dan pembelian Program SAVE 3.0 ini boleh dibuat bermula hari ini (Januari) sehingga Disember 2022. Ws

Cara Tebus Kredit RM400 Di Shopee Dan Lazada Bagi Program SAVE 3.0


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Suspek sah ditahan, mengaku terima arahan Mossad

Bongkah Batu Tiba-Tiba Runtuh Timpa Bot Pelancong Sebabkan 7 Terbunuh [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker