Tiada ketegangan antara MB dan Sultan – Ahmad

Tiada ketegangan antara MB dan Sultan - Ahmad

Tiada ketegangan antara MB dan Sultan – Ahmad

Ahmad Amzad nafi wujud ketegangan antara MB, Istana

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ahmad Amzad Mohamed hari ini membuat satu laporan polis ke atas sebuah portal media yang menyiarkan berita mengaitkan beliau sebagai orang tengah untuk mengurangkan ketegangan antara Menteri Besar Terengganu dan pihak istana negeri itu.



Katanya, beliau mengesan penularan berita itu semalam selepas membuka mesej WhatsApp yang memaparkan link berita itu.

“Sebenarnya ia tidak berlaku, ini hanyalah cerita rekaan semata-mata,” katanya yang ditemui di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya selepas laporan polis hari ini.

Menurut Ahmad Amzad, beliau telah mendapatkan pandangan peguamnya sebelum membuat laporan polis.

Tambahnya, sebagai ahli Parlimen Kuala Terengganu, beliau membuat laporan polis untuk memberi mesej bahawa ada elemen berita tidak benar.

Jelas Ahmad Amzad, dalam laporan polis itu beliau telah meminta supaya siasatan terperinci di bawah Kanun Keseksaan kerana menyebarkan berita palsu dilakukan.



Ujarnya, banyak maklumat diminta oleh polis semasa diambil keterangan antaranya membabitkn sumber komunikasi dalam telefon bimbit.

“Saya telah memberi jaminan kepada pegawai polis dalam kes ini bahawa saya sentiasa terbuka memberi kerjasama sepenuhnya membolehkan polis menyelesaikan siasatan berhubung isu berbangkit itu.

“Masalah sekarang ini saya tidak tahu cerita itu (krisis MB dan Istana) datang dari mana. Sekurang-kurangnya tanyalah saya dulu (kesahihan) sebab ini membabitkan nama saya,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Amzad turut menafikan wujud ketegangan antara Menteri Besar Terengganu dan Istana.



Menurut beliau, Menteri Besar, atuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sentiasa melaksanakan tugasnya dengan berkesan bersama Exco.

“Setahu saya keseluruhan jentera Exco pentadbiran bawah beliau (MB Terengganu) berjalan dengan baik yang mana bantuan diberikan kepada rakyat termasuk mengumumkan Pakej Bantuan Berkat untuk rakyat Terengganu.

“Saya rasa ada keperluan segera untuk saya memadam fitnah berlegar ini kerana ia tidak baik untuk kestabilan politik negara khususnya di Terengganu,” katanya. MG

Tiada ketegangan antara MB dan Sultan – Ahmad


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU NET


MB Terengganu jalani pembedahan ‘reconstruction and cartilage repair’



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker