Tangguh umrah, macam nak buat dosa

Tangguh umrah, macam nak buat dosa

Susulan peningkatan kes Covid-19 dalam kalangan jemaah umrah tanah air dan penangguhan sementara kebenaran perjalanan umrah bermula 8 Januari ini, pelakon dan usahawan Syifa Melvin mengakui agak terkesan kerana terpaksa menangguh rencana ibadahnya.

Berkongsi kepada umum, adik kepada aktres popular Syatilla Melvin itu berkata, penangguhan tersebut bukan satu permulaan tahun baru yang baik buat dirinya.

“Ini bukan permulaan yang baik buat saya. Saya sepatutnya berlepas ke Tanah Suci dan menunaikan umrah pada 20 Januari depan,” katanya dalam satu perkongsian InstaStory.

Dalam pada itu, pelakon drama #Siscuba itu, turut mempertikaikan tindakan pihak berkuasa yang menangguh ibadah umrah berbanding penerbangan ke luar negara lain.

“Perlu cucuk (vaksin) sehingga empat hingga lima kali ke baru nak lepas? Kalau pergi United Kingdom semuanya okey sahaja.

“Macam kita pergi buat dosa pula ya. Selepas varian Omicron apa pula? Kita tiada kuasa, jadi turutkan saja sehingga mencapai agenda mereka,” katanya lagi.

Semalam, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menegaskan, bukan hasrat Kementerian Kesihatan dan kerajaan untuk menyekat perjalanan rakyat dan tindakan diambil adalah berdasarkan data serta maklumat kes positif Covid-19 yang diperolehi.

Kosmo! semalam turut melaporkan sebanyak 1,306 kes atau 11.76 peratus daripada 11,108 jemaah umrah dikesan positif Covid-19 berdasarkan data sehingga 30 Disember lalu iaitu sejak kumpulan pertama jemaah umrah berlepas ke Tanah Suci pada 13 Oktober 2021. K Online

Tangguh umrah, macam nak buat dosa


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Aliff Syukri nazak? Ibu minta cepat wasiatkan hartanya

Diva AA Perli Isu Majlis Perkahwinan Kamal dan Uqasha

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker