Ustaz Uwais Qorny catat Malaysia Book of Records

Ustaz Uwais Qorny catat Malaysia Book of Records

Pendakwah bebas Ustaz Uwais Qorny mencipta sejarah apabila program The 24 Hours Non Stop Uwais Qorny’s Online Talaqqi anjurannya diiktiraf Malaysia Book of Records (MBR), kelmarin.

Program itu mendapat dua pengiktirafan iaitu sesi pembelajaran Talaqqi tanpa henti selama 24 jam dan jumlah penyertaan tertinggi untuk program Talaqqi yang diadakan secara maya dengan melebihi 17,000 penyertaan.

Menurut Uwais, program Talaqqi anjuran Protaz International Sdn Bhd itu diadakan secara percuma selama 24 jam melalui aplikasi Zoom, bermula 31 Disember 2021 dari jam 7.27 pagi.

Menurutnya, program itu adalah usaha pihaknya untuk membantu umat Islam pandai mengaji dengan betul, memahami pengertian setiap bacaan sekali gus sebagai alternatif lain bagi menyambut tahun baharu.

“Idea untuk mengadakan program ini datangnya daripada pengikut di media sosial dan para pelajar. Sebenarnya saya jarang adakan kelas Talaqqi sehinggalah satu hari saya ajak pengikut saya untuk sertai kelas Talaqqi yang berjaya tamat sebelum azan Subuh.

“Alhamdulillah ketika itu hampir 1,000 peserta masih setia bersama. Kemudian datanglah idea ini apabila nak buat kerja ‘gila’ menjelang tahun baru. Dalam tempoh 10 hari kami nekad adakan program ini dan tak sangka mendapat maklum balas yang sangat positif daripada orang ramai.

“Lebih menggembirakan saya mendapat energi yang sangat hebat daripada peserta yang majoritinya dalam kalangan warga emas. Mereka ini sanggup ajak anak dan cucu untuk sertai sekali,” katanya.

Uwais berkata, dia berharap penganjuran program terbabit dapat meningkatkan kesedaran umat Islam untuk terus memelihara keaslian bacaan al-Quran.

“Antara tujuan utama saya adakan program ini adalah nak beri kesedaran kepada orang ramai mengenai pentingnya membaca al-Quran dengan betul selain memahami pengertian setiap bacaan.

“Jadi salah satu caranya adalah dengan bertalaqqi. Talaqqi secara mudahnya adalah berguru, dan jika dilihat masyarakat sekarang berguru melalui buku dan internet. Tetapi untuk membaca dan mempelajari al-Quran, perlu untuk pelajarinya dengan guru agar dapat menentukan sebutan dan tajwid yang betul.

“Saya harap peserta yang setia sehingga program ini tamat dapat menambah baik bacaan al-Quran mereka,” katanya. HM

Ustaz Uwais Qorny catat Malaysia Book of Records


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Aliff Syukri nazak? Ibu minta cepat wasiatkan hartanya

Diva AA Perli Isu Majlis Perkahwinan Kamal dan Uqasha

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker