Azad tanya KJ, beli peranti digital dekat Shopee ke?

Azad tanya KJ, beli peranti digital dekat Shopee ke?

Pelakon dan pelawak terkenal Azad Jasmin John Louis Jeffri, 45, mempersoalkan kualiti peranti pengesan digital walaupun baru sahaja memakainya untuk tempoh kurang dari 24 jam.

Difahamkan, Azad bersama isterinya Syazira Shuhaimi, 37, yang sedang menjalani kuarantin kerana baru pulang dari Mekah perlu memakai alat tersebut sehingga tempoh yang ditetapkan.



Melalui video yang dimuat naik di laman sosial miliknya, Azad memberitahu, walaupun baru sehari memakai alat itu tetapi ia telah terbuka daripada tangannya secara tiba-tiba.

Azad dilihat turut menyeru Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin bagi menyelesaikan perkara tersebut.

“Assalamuaikum YB Khairy Jamaluddin, ‘idea’ bagus tapi yang tak bagus, kenapa tercabut ni? beli dekat Shopee ke?

“Kalau berikan alat ini pada 30,000 orang dan boleh tercabut macam ni, lepastu mereka gantung di leher lembu, leher keldai, merebak juga kan?



“Apa benda ni YB? Nasib baik saya selebriti sebab kalau saya keluar, orang kenal. Yang orang tak kenal, cabut sahaja boleh keluar berjumpa orang lain dan pergi kemana-mana,” katanya.

Dalam pada itu, Azad turut menyarankan agar kerajaan menggunakan alat yang lebih berkualiti supaya ia dapat digunakan dengan lebih baik dan berkesan. K Online

Azad tanya KJ, beli peranti digital dekat Shopee ke?


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Aliff Syukri gila publisiti tapi realitinya lain

Janggut suami Heliza jadi tumpuan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker