Wanita koma pulih selepas diberikan Viagra

Sebaran :

Wanita koma pulih selepas diberikan Viagra

LONDON – Seorang jururawat yang bertarung nyawa selama 45 hari di unit rawatan rapi (ICU) selepas dijangkiti Covid-19 kembali pulih selepas diberikan pil perangsang, Viagra, lapor Mirror.co.uk semalam.

Monica Almeida, 37, diberi ubat Viagra seminggu selepas disahkan koma oleh doktor.

Menurutnya, Viagra membantu membuka saluran pernafasan dan membolehkannya bernafas.



Jururawat pakar pernafasan itu kini sedang pulih di rumah selepas dibenarkan meninggalkan hospital pada 25 Disember lalu.

Ibu kepada dua anak itu berkata: “Sudah pasti Viagra membantu menyelamatkan saya. Dalam masa 48 jam, ia membuka saluran dalam paru-paru. Ubat itu berfungsi mengembangkan saluran darah’’.

Wanita yang menerima dua suntikan vaksin itu dijangkiti Covid-19 awal November lalu. Suaminya, Artur dan dua anak lelakinya turut disahkan positif.

Kira-kira seminggu kemudian, dia dibawa ke Hospital Daerah Lincoln kerana kesukaran bernafas. Pasukan perubatan memasukkannya ke ICU sebelum dia ditidurkan pada 16 November lalu.



Monica menandatangani dokumen yang mengatakan dia gembira berada dalam kajian untuk mencuba ubat eksperimen. Penggunaan Viagra menyebabkan keadaannya bertambah baik dan dia sedar pada 14 Disember lalu.

Monica, yang tinggal di Gainsborough, Lincs kini berazam untuk pulih sepenuhnya supaya boleh kembali bekerja.

Tambahnya, dia berhutang nyawa kepada kakitangan di Hospital Daerah Lincoln, tempat dia memulakan kerjaya kejururawatannya. K Online

Wanita koma pulih selepas diberikan Viagra




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Aliff Syukri gila publisiti tapi realitinya lain

Janggut suami Heliza jadi tumpuan


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *