Kabinet 2022: Siapa Timbalan Perdana Menteri?

Kabinet 2022: Siapa Timbalan Perdana Menteri?

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilapor akan melantik Timbalan Perdana Menteri yang baharu sebagai sebahagian rombakan Kabinet dalam masa terdekat.

Menurut laporan Utusan Malaysia, Naib Presiden UMNO itu sepatutnya telah berjumpa dengan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini untuk mengadakan perbincangan khusus mengenai perkara tersebut.

Memetik sumber yang tidak dinamakan, artikel itu menyebut, pelantikan jawatan nombor dua pentadbiran negara itu berkemungkinan diadakan pada minggu hadapan.

“Tiada apa yang diputuskan lagi. Mungkin minggu depan apabila Kabinet selesai bermesyuarat pada Rabu.

“Sepatutnya Ismail Sabri berjumpa dengan Muhyiddin hari ini (semalam) untuk membincangkan perkara ini, terutama sekali mengenai menteri dan timbalan Menteri,” kata sumber tersebut.

Semakan Astro AWANI mendapati Muhyiddin, yang juga Perdana Menteri sebelum ini, telah beberapa hari berada di Sabah atas urusan tertentu, yang membawa maksud, sekiranya perbincangan itu berlaku, ia berkemungkinan secara maya.



Selain itu, beberapa individu yang berada dalam ‘inner circle’ UMNO dan Bersatu memaklumkan, perkara tersebut masih samar-samar lagi.

Menurut laporan Utusan Malaysia, antara nama yang disebut sebagai bakal TPM ialah Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Azmin Ali, serta Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Mohamed Azmin merupakan Ketua Penerangan Perikatan Nasional serta Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, manakala Ahmad Faizal pula merupakan Timbalan Presiden Bersatu.

Sewaktu era Muhyiddin, Mohamed Azmin merupakan Menteri Kanan pertama dari segi susunan, dan telah diberi mandat untuk mempengerusikan mesyuarat Kabinet seandainya Muhyiddin tiada.



Laporan Utusan Malaysia juga menyebut, sekiranya Ahmad Faizal dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, maka portfolio Kementerian Belia dan Sukan akan diserahkan kepada Shahril Hamdan yang merupakan Ketua Penerangan UMNO.-AA

Kabinet 2022: Siapa Timbalan Perdana Menteri?

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Aliff Syukri gila publisiti tapi realitinya lain



Janggut suami Heliza jadi tumpuan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker