LPPR bersih nama Azam Baki daripada salah laku pembelian saham

LPPR bersih nama Azam Baki daripada salah laku pembelian saham

Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) telah membersihkan nama Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Azam Baki daripada sebarang salah laku berhubung pembelian saham syarikat.

Pada sidang media tengah hari tadi, Pengerusi lembaga itu, Abu Zahar Ujang berkata mereka telah meminta penjelasan daripada Azam berhubung perkara terbabit.



“Pembelian saham itu dilakukan dalam pasaran terbuka pada 2018 dan tidak ada konflik kepentingan,” katanya.

Zahar berkata lembaga itu berpuas hati dengan penjelasan Azam dan mendapati tiada elemen konflik kepentingan.

“Malangnya, isu itu telah dibangkitkan oleh bekas anggota panel kami, Terence Gomez, ia mengejutkan saya,” katanya.

Zahar sekali lagi mengulangi bahawa beliau tidak pernah menerima sebarang surat daripada Gomez berhubung perkara itu.



“Saya sentiasa terbuka untuk membincangkan (isu itu) dengan Terence kerana kita tidak akan bertolak ansur atau melindung sesiapa tanpa mengira jawatan.

“Saya berpandangan bahawa sebarang aduan mesti disertakan dengan bukti kukuh,” katanya.

BERITA LANJUT MENYUSUL

LPPR bersih nama Azam Baki daripada salah laku pembelian saham




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Azad tanya KJ, beli peranti digital dekat Shopee ke?



Rita Rudaini pertahan KJ mengenai dos keempat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker