MN adalah tanda kesyukuran kepada Allah – Nik Abduh

MN adalah tanda kesyukuran kepada Allah – Nik Abduh

PAS menegaskan bahawa rundingan kerusi bagi mengelak pertembungan tiga penjuru antara Umno dan Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) perlu dilaksanakan.

Anggota Jawatankuasa PAS Pusat Nik Abduh Nik Abdul Aziz dalam kenyataan di Facebook, hari ini berkata muzakarah Majlis Syura Ulama PAS baru-baru ini menegaskan pentingnya usaha berterusan memperkasakan Muafakat Nasional (MN) dan PN.

“Majlis Syura Ulamak PAS dalam muzakarahnya baru-baru ini mengeluarkan kenyataan peri pentingnya usaha berterusan untuk memperkasakan MN dan PN dalam usaha menyatukan kuasa politik umat Islam.

“Deminya, menurut kenyataan tersebut, perundingan kerusi perlulah dilaksanakan semaksimumnya bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru dalam PRU15 nanti,” katanya.

Mengulas lanjut Anggota Parlimen Bachok itu juga mencadangkan agar usaha menjaga dan mengukuhkan MN adalah sebahagian daripada tanda kesyukuran kepada Allah di atas nikmat perpaduan.

Jelasnya, segala kemajuan yang ingin dicapai selepas itu mestilah bertitik tolak daripada jaminan kemampuan dan kelestarian kita memugari MN dengan sebaiknya.

“Kita umat yang biasa bertengkar dalam politik. Ia cerita lama yang kita terpaksa lalui dan terima. Ia sejarah perpecahan umat. Tetapi ia tidak boleh menjadi acuan politik Islam. Perpecahan bukan ketandaan umat Islam yang berjaya. Perpecahan akan terus mengekalkan kemunduran politik Islam.

“Perikatan Nasional (PN) adalah usaha murni PAS. Jika Umno bertegas menolaknya hari ini, maka ia sama sekali tidak boleh dilihat sebagai pengakhiran kepada MN oleh kedua-dua parti PAS atau Umno. Jalan-jalan penyelesaian bukanlah sukar untuk ditemukan,” kata Nik Abduh.

Tambahnya lagi, demi sampai ke sesuatu destinasi, walaupun terhalang oleh kesesakan, kepadatan, kebingitan dan pelbagai halangan, pihak Jabatan Kerja Raya pasti berusaha membina jalan-jalan susur, pintas, bertingkat-tingkat dan sebagainya.

“Lihatlah bandar-bandar besar di seluruh dunia termasuk bandar raya Kuala Lumpur. Tiada jalan mati. Kita mesti sampai ke destinasi impian.

“Begitulah sains politik Islam. Kejayaan politik Islam adalah bergantung kepada keupayaan kita memecah kebuntuan lama.

“Fiqh perpaduan haruslah diketengahkan sebagai tambah baik kepada maksud fiqh ikhtilaf. Kita perlukan pemimpin negara berjiwa kasih sayang yang luas dan damai seluas jiwa merdeka yang hanya sujud dan takut kepada Allah,” katanya. Mk

MN adalah tanda kesyukuran kepada Allah – Nik Abduh


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Azad tanya KJ, beli peranti digital dekat Shopee ke?

Rita Rudaini pertahan KJ mengenai dos keempat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker