Sajat buka bisnes di Australia, tawar peluang pekerjaan

Sajat buka bisnes di Australia, tawar peluang pekerjaan

Usahawan kosmetik penuh kontroversi, Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat khabarnya telah berjaya mendaftar perniagaannya di Australia.

Dia yang sebelum ini menjadi bualan hangat masyarakat di media sosial berikutan kes undang-undang dan juga isu lelongan asetnya yang berada di tanah air khabarnya turut menawarkan peluang pekerjaan kepada mereka yang berminat.

Perkara tersebut turut dikongsikan Sajat menerusi sebuah hantaran di Instagram untuk tatapan peminat dan juga pengikut media sosialnya.

Alhamdullilah, tunggu pembukaan Nur Sajat Legacy Cosmetics di Sydney. Janji tetap janji. Team Sajat akan berkepak di Australia.

Katanya lagi, jika ingin menyertai syarikatnya, mereka yang berminat haruslah bersedia untuk berhijrah ke negara Australia dan menjangkakan perniagaannya itu akan mula beroperasi pada bulan 4 atau 5 nanti.

Menjengah ke ruangan komen, ramai pengikut media sosial usahawan itu tampil mengucapkan tahniah di atas kejayaannya membuka perniagaan di bumi asing itu.

Dalam pada itu, Sajat turut memaklumkan bahawa perniagaan bengkungnya di Malaysia masih lagi beroperasi dan berjalan seperti biasa. Bn

Sajat buka bisnes di Australia, tawar peluang pekerjaan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Azad tanya KJ, beli peranti digital dekat Shopee ke?

Rita Rudaini pertahan KJ mengenai dos keempat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker