Fasha Sandha makin ‘gempal’, suami tetap sayang

Fasha Sandha makin ‘gempal’, suami tetap sayang

Tetap cinta dan sayang walaupun tubuh badannya mungkin dilihat sedikit berisi sebelum ini, pelakon terkenal tanah air, Fasha Sandha, terharu suaminya, Aidil Aziz sedia menerima dirinya seadanya.

Menurut Fasha, selepas melahirkan anak mereka, Aisha Amaira yang kini berusia lima bulan, berat badannya bertambah dan ia memerlukan usaha dan disiplin yang tinggi untuk mendapatkan berat badan idealnya semula.

“Selepas saya bersalinkan Aisha, tak dinafikan, memang ambil masa agak lama untuk menurunkan berat badan. Tentunya saya menjaga makan sebab saya menyusukan anak.

“Tak boleh nak diet terlalu ketat sebab bimbang susu akan jadi kering. Sebab itu saya tak paksa diri untuk diet keterlaluan,” katanya.

Selain itu, Fasha juga tidak menolak bahawa suaminya, Aidil juga ada menawarkan diri untuk menjadi jurulatih peribadi untuk membantunya menurunkan berat badan.

“Tapi tak bolehlah….Bukan apa, saya tahu diri akan jadi manja bila dengan suami. Satu daripada sebabnya, Aidil ini adalah seorang suami yang sangat menerima kekurangan saya sebagai isterinya.

“Walaupun saya cakap rasa diri gemuk, dah naik berat badan, tapi dia tak pernah paksa saya untuk kurus. Pada dia, kurus itu tidak penting asalkan saya sihat.

“Dia pun tak pernah pandang rendah terhadap saya. Kami saling terima kekurangan masing-masing,” katanya lagi.

Untuk rekod, Fasha mendirinya rumah tangga dengan Aidil Aziz, 33, pada Mac 2019 dan ia merupakan perkahwinan kedua buatnya.

Hasil perkahwinannya dengan Aidil, mereka dikurniakan Aisha yang dilahirkan pada 7 Ogos tahun lalu.

Menerusi perkahwinan terdahulu, Fasha dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu, Putra Rayfal Ramli Rizal Ashram, 9, dan Putri Raysha Jemyma, 8. Utusan

Fasha Sandha makin ‘gempal’, suami tetap sayang


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Azad tanya KJ, beli peranti digital dekat Shopee ke?

Rita Rudaini pertahan KJ mengenai dos keempat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker