Barisan Kabinet Abang Jo Yang Baharu Mampu Buat Sarawak Terus Cemerlang – PM

Barisan Kabinet Abang Jo Yang Baharu Mampu Buat Sarawak Terus Cemerlang – PM

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melahirkan keyakinan bahawa kepimpinan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang dibantu barisan Kabinet baharu akan membuat Sarawak terus cemerlang.

Beliau turut berharap barisan Kabinet baharu terdiri daripada 10 menteri dan 26 menteri muda yang telah mengangkat sumpah secara maya Selasa lepas, dapat menabur lebih banyak jasa dan bakti kepada rakyat Sarawak.

“Saya ucapkan tahniah kepada barisan Kabinet yang baharu. Semoga dengan pemilihan baharu ini, barisan Kabinet yang diketuai oleh Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Tun Openg dapat menabur lebih banyak jasa dan bakti kepada rakyat Sarawak,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook.

Majlis angkat sumpah barisan Kabinet baharu Sarawak dan menteri-menteri muda pada 4 Jan itu melakar sejarah tersendiri apabila berlangsung secara maya menyaksikan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud menerima pelantikan mereka di Astana Negeri dengan istiadat dijalankan secara fizikal di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini.

Abang Johari, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Gedong dan Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), telah mengangkat sumpah pada 18 Dis lepas setelah gabungan politik tempatan itu memenangi Pilihan Raya Negeri ke-12.

GPS, yang terdiri daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP), telah memenangi 76 daripada 82 kerusi DUN yang dipertanding dalam pilihan raya itu.- BERNAMA

Barisan Kabinet Abang Jo Yang Baharu Mampu Buat Sarawak Terus Cemerlang – PM

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Myvi tahan lasak – Kecut Perut Lihat Pokok Tumbang Mengejut (Video)

LPPR bersih nama Azam Baki daripada salah laku pembelian saham

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker