Lancar Tabung Dana Wakaf al-Quran bantu beli 50,000 al-Quran

Lancar Tabung Dana Wakaf al-Quran bantu beli 50,000 al-Quran

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melancarkan Tabung Dana Wakaf al-Quran Selangor (Pasca Banjir) bagi menggantikan al-Quran yang rosak akibat banjir.

Pengarahnya, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad, berkata dana wakaf itu memerlukan sejumlah kira-kira 50,000 naskhah al-Quran dengan nilai RM1.5 juta.

Beliau berkata, sehingga kini dianggarkan lebih 155 tan naskhah al-Quran rosak akibat banjir dan proses pelupusannya dijangka selesai hari ini.

“Naskhah al-Quran ini untuk kegunaan masjid, surau serta sekolah terjejas akibat banjir, selain memastikan pelajar dapat memiliki naskhah al-Quran untuk pembelajaran di sekolah.

“Tabung ini diputuskan selepas kedudukan terakhir data tindakan JAIS bagi pelupusan al-Quran serta data terkini sekolah dan pelajar JAIS terjejas akibat banjir dibentangkan dalam Mesyuarat Penyelarasan Teknikal Banjir JAIS pada 4 Januari lalu.

“Justeru, JAIS mengajak semua menginfakkan wang untuk tujuan wakaf al-Quran ke Tabung Dana Wakaf al-Quran Selangor (Pasca Banjir),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Pelancaran Dana Wakaf al-Quran Selangor di Lobi Utama Bangunan Sultan Idris Shah, di sini, petang semalam.

Mohd Shahzihan berkata, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan dana wakaf al-Quran dilaksanakan segera dan diselaraskan oleh JAIS dengan teratur.

“Sultan Selangor turut berkenan memberikan sumbangan peribadi baginda untuk tujuan dana ini, malah sejak diwujudkan 4 Januari lalu, JAIS sudah memperoleh RM383,000.

“Antara penyumbangnya, Lembaga Zakat Selangor (LZS), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Kumpulan My Sutera, Perbadanan Wakaf Selangor, Yayasan Taqwa, Tabung Sumbangan Jemaah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,” katanya.

“Tabung dana ini dibuka mulai semalam hingga 5 Mac depan,” katanya.

Semua pihak dialu-alukan menyumbang ke tabung berkenaan melalui akaun Tabung Infak Jariah Umat Islam Selangor (Maybank Islamic: 562106718620) dengan catatan DANA WAKAF ALQURAN dan boleh membuat imbasan ke QR Code yang diberikan untuk membuat sumbangan itu. BH

Lancar Tabung Dana Wakaf al-Quran bantu beli 50,000 al-Quran


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Myvi tahan lasak – Kecut Perut Lihat Pokok Tumbang Mengejut (Video)

LPPR bersih nama Azam Baki daripada salah laku pembelian saham

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker