Michael Ang jadi penyanyi pulak, ini kata Fizz Fairuz

Michael Ang jadi penyanyi pulak, ini kata Fizz Fairuz

Pelakon, Datuk Fizz Fairuz tampil berkongsi pendapatnya mengenai single terbaru yang dinyanyikan oleh pengarah terkenal, Michael Ang berjudul Cinta Atau Propa.

“Kang Mengata Lebih-Lebih Tak Panggil Shooting Pulak”-Fizz Fairuz



Menerusi posting di Instagram, Fizz sempat berseloroh dengan mengandaikan dia tidak akan ditawarkan berlakon di bawah arahan pengarah itui sekiranya mengecam lagu tersebut.

“Yang ni apa masalahnya pulak? Kecik besar kecik besar je aku tengok..ahahahah..kang mengata lebih-lebih tak panggil shooting pulak..Eh..Memang dia tak panggil pun.”- seloroh Fizz

Malah, Fizz menambah dengan beranggapan Michael ingin menyertai program nyanyian Gegar Vaganza (GV) suatu hari nanti. Di kesempatan itu, Fizz turut menitipkan nasihat buat Michael yang memintanya untuk memfokuskan bidang pengarahan drama dan filem berbanding nyanyian.

“Nak masuk GV jugak ke? Direct jelah.. Bagi peluang orang lain menyanyi sudehhh hahaha.”-tulis Fizz



Dipersetujui Netizen

Tinjauan Murai MY di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut bersetuju dengan pendapat Fizz , malah ada yang menyifatkan lagu yang dinyanyikan oleh Michael seakan tidak masuk di akal.

“Mengarut je laa lagu macam nie”

“Betulkan sebutan dulu”



“Hahaha tulaa tok. Nak tumpang komen pun pikir banyak kali. Direct jela. Aduh tepuk dahi gak ni.”

“Ni bercakap bang bukan nyanyi”

Cukup-cukuplah alip sukri dengan iqbal jer yang menyanyi. Kau tak payah lah mike oi.” komen mereka

Untuk info, sebuah sidang media akan diadakan pada petang ini (Khamis) bagi berkongsi intipati di sebalik Cinta Atau Propa. Mr



Michael Ang jadi penyanyi pulak, ini kata Fizz Fairuz


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Myvi tahan lasak – Kecut Perut Lihat Pokok Tumbang Mengejut (Video)



LPPR bersih nama Azam Baki daripada salah laku pembelian saham



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker