Azam ‘sembang’ dulu cakap sokong pemberi maklumat – C4

Azam ‘sembang’ dulu cakap sokong pemberi maklumat – C4

Badan pemantau rasuah Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme (C4) mengecam Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berhubung dakwaan pendirian bercanggah mengenai perlindungan pemberi maklumat.

Ini selepas Azam memulakan prosiding undang-undang untuk fitnah terhadap Lalitha Kunaratnam, walaupun sebelum ini menunjukkan sokongan untuk perlindungan pemberi maklumat.

“Percubaan Azam untuk menutup mulutnya (pemberi maklumat) menunjukkan taktik gangguan dan ketakutan yang sama sekali tidak sesuai untuk menghapuskan rasuah.

“Pendedahan dan tindak balas bermusuhan oleh Azam memberi satu lagi tamparan yang memusnahkan kepada kewibawaan SPRM, sebuah institusi yang sudah runtuh oleh rasuah dan skandal jenayah yang melibatkan pegawainya sendiri.

“Ancaman undang-undangnya terhadap seorang juru kempen ant-rasuah terkenal juga mengulangi risiko peribadi yang besar yang dihadapi oleh pemberi maklumat apabila mendedahkan salah laku.

“Hal ini ironi paling kejam bahawa Azam, daripada sekian ramai orang, yang sepatutnya membantu Lalitha untuk mendapatkan perlindungan pemberi maklumat,” katanya pada satu kenyataan hari ini.

C4 mendesak Azam menarik balik surat tuntutan terhadap Lalitha, seorang pemberi maklumat yang paling awal mendedahkan dakwaan pemilikan saham membabitkan ketua pesuruhjaya SPRM itu.

Azam mendapat perhatian serius selepas timbul dakwaan mengenai dia memiliki saham dalam dua syarikat pada 2015.

Menurut laporan tahunan 2015 Excel Force Bhd, Azam memiliki 2,156,000 waran dalam syarikat itu pada 21 Mac 2016. Pada masa itu, Azam ialah ketua bahagian siasatan SPRM.

Semalam, Lalitha – yang pertama kali menerbitkan dakwaan pegangan saham terhadap Azam – berkongsi hantaran mengenai surat tuntutan (LOD) yang dihantar oleh peguam Azam kepadanya.

Peguam itu menuntut Lalitha membuat permohonan maaf secara terbuka atas laporan yang ditulisnya mengenai perkara berkenaan dan memintanya membayar ganti rugi berjumlah RM10 juta.

WPA tak cukup lindungi pemberi maklumat

C4 mendakwa kes ini membuktikan bahawa peruntukan sedia ada dalam Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (WPA 2010) tidak mencukupi untuk melindungi pemberi maklumat dan tidak memberi keyakinan kepada mereka untuk tampil.

Katanya, Seksyen 6 (1) mengehadkan pemberi maklumat untuk melaporkan kes kepada agensi penguatkuasaan sahaja, jika gagal perlindungan pemberi maklumat akan dibatalkan.

Tambahan pula, C4 berkata seksyen itu membawa syarat pendedahan berkenaan tidak boleh melanggar mana-mana undang-undang sedia ada, pada asasnya menyekat usaha pemberi maklumat yang berkesan.

Pada 17 Nov tahun lepas, Azam berkata SPRM menyokong penuh pindaan terhadap Akta Pemberi Maklumat 2010 sebagai cara untuk “pihak penguatkuasa dapat lebih meyakinkan orang ramai untuk melaporkan sebarang salah laku”.

NGO itu selanjutnya menyoal ke mana sokongan Azam kepada pemberi maklumat sekarang

“Adakah ini semua hanya sekadar cakap-cakap ‘sembang’?

“Satu-satunya punca tindakan yang tepat untuk Azam sekarang ialah menarik balik surat tuntutannya dan membuktikan kepada umum bahawa SPRM benar-benar menyokong perlindungan pemberi maklumat.

“Dia mesti berhenti dengan ancamannya kepada pemberi maklumat, dan di tengah-tengah kritikan yang semakin meningkat ini, dia patut mengisytiharkan asetnya serta-merta,” kata C4 lagi. Mk

Azam ‘sembang’ dulu cakap sokong pemberi maklumat – C4


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Wanita dakwa jumpa Rasulullah alami bipolar disorder (Video)

Michael Ang jadi penyanyi pulak, ini kata Fizz Fairuz

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker