Bekas Menteri Kabinet Yang Syorkan SRC Terlepas Begitu Sahaja?

Oleh Nurul Aisyah

RAKYAT melihat isu SRC ini tersasar jauh dari yang sepatutnya. Mereka mempersoalkan mengapa Datuk Seri Najib dihukum atas dakwaan salah guna kuasa hanya sebab beliau terlibat dalam mesyuarat kabinet yang meluluskan jaminan kerajaan kepada SRC pada tahun 2011.

Bukan DS Najib yang mengesyorkan ataupun mengemukakan kertas kabinet tersebut. Satu dokumen 14 halaman yang disyaki adalah kertas siasatan rasmi SRPM mendedahkan bahawa bekas menteri kabinet yang mengesyorkan dan mengusulkan kertas kabinet tersebut telah menerima sebanyak RM85 juta dari Jho Low pada tahun 2019 untuk disimpan dalam akaun proksinya di Singapura.



Namun, hakim tidak mahu menerima bukti baharu ini walaupun ianya membabitkan saksi pendakwaan.

Seorang pemimpin Umno pernah mempersoalkan mengapa bekas Gabenor Bank Negara (BNM) Zeti Akhtar Aziz dan bekas menteri Nor Mohamed Yakcop tidak dipanggil sebagai saksi pada peringkat akhir prosiding perbicaraan kes SRC International Sdn Bhd.

Puad Zarkashi turut mempertikaikan mengapa Nor Mohamed tidak disiasat sedangkan beliau adalah individu yang meluluskan pinjaman pertama berjumlah RM2 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) dan menjadi individu penting yang meluluskan penubuhan SRC.

Malah Mahathir juga senyap dengan pendedahan ini walaupun ianya melibatkan orang kuat beliau. Akibat mesyuarat kabinet tahun 2011 itu, DS Najib juga didakwa dan dihukum sebab beliau dikatakan melanggar akta AMLA pada tahun 2014 dan 2015 setelah RM42 juta dari SRC dimasukkan dalam akaun DS Najib tanpa pengetahuan beliau di mana DS Najib tidak pernah meminta atau mengarahkan.



DS Najib tidak pernah didakwa mencuri atau merompak. Tak sama dengan kes Guan Eng yang didakwa bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 iaitu meminta atau menerima suapan dan juga bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan – Criminal Misappropriation of property.

DS Najib didakwa dan dihukum bawah AMLA – iaitu pengubahan wang haram apabila dana yang dikatakan haram keluar dan masuk akaun beliau.

Bukan curi dan rompak sebab wang bukannya untuk kegunaan peribadi beliau atau keluarga. Semasa menjatuhkan hukuman, hakim juga kata bahawa dana RM42 juta bukan hak Najib untuk sedekah.



Jika beliau curi dan rompak, apa yang beliau beli dengan hasil curian ini untuk diri sendiri atau keluarga?

Adakah DS Najib memiliki ladang kuda, projek resort tepi pantai, sebahagian kepentingan dalam hotel mewah 5 bintang ataupun syarikat perkhidmatan private jet seperti Mahathir?

Ataupun adakah anak-anak DS Najib pernah memiliki kepentingan besar dalam lebih 12 syarikat disenarai seperti keluarga Mahathit?

Saya yang mencuri tapi kamu dan keluarga berbilion-bilion aset pula?



Memang pelik bukan!

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker