Wanita dakwa jumpa Rasulullah alami bipolar disorder (Video)
Wanita dakwa jumpa Rasulullah alami bipolar disorder, kata ahli keluarga
KECOH di media sosial sejak semalam apabila seorang wanita mendakwa dirinya berjumpa dan berbual dengan Nabi Muhammad SAW.
Menerusi sebuah perkongsian di Tiktok @iz1_s_it_is, video pendek tersebut memaparkan seorang wanita yang menceritakan pengalaman kononnya bertemu Rasulullah di perkarangan Raudhah, Masjid Nabawi, Madinah.
“Masa I pi (pergi) kali pertama, I nampak dinding tu hijau macam biasa. I have that imagination yang Nabi dah tengok I sebab I bersopan sikit. Lepastu I pergi kali kedua, Ya Allah I punyalah terkejut pak ‘guard’ ni handsomenya jaga dekat sini.
“Pastu I kata pak guard apa ni. Ni tempat sembahyang orang perempuan. Orang lelaki mana boleh masuk. Bila I dekat lagi, Ya Allah, ini Rasulullah,” ujar wanita itu.
Malah, wanita tersebut turut mendakwa mereka yang mempunyai nama gelaran seperti Ku, Tengku, Syed, Sharifah, Wan, Megat dan sebagainya merupakan keturunan Nabi.
“Kita ni bukan orang lain-lain. Kita sebenarnya keturunan Nabi. I bukan reka cerita. Mesti wahabi ‘attack’ aku lepas ini.
“Nabi sendiri habaq kata kita ni dari keturunan Siti Qathurah. Dia sendiri yang mengaku I ni Ahlul Bait (isteri-isteri Rasulullah, anak-anak dan cucu-cucunya, serta kaum kerabatnya daripada keturunan Bani Hashim dan Bani Muttalib),” dakwa wanita tersebut.
Walau bagaimanapun, seorang pengguna TikTok @bynabeel yang dipercayai merupakan ahli keluarga wanita tersebut telah tampil di ruangan komen dan menjelaskan perkara sebenar.
Lelaki tampil mendakwa wanita tersebut adalah ibu saudaranya yang mengalami bipolar disorder.
“Assalamualaikum, beliau ialah ibu saudara saya. Maaf sekarang beliau berada dalam kecelaruan dan di Madinah.
“Kami sekeluarga tengah usaha ikhtiar pujuk dia balik Malaysia tapi dia tak peduli atas sebab dia ada sakit ‘bipolar disorder’. Minta jasa baik tuan, puan doakan kesembuhannya seperti sediakala.
“Bagi yg bertanya “ada keluarga tak disana” saya jawab, keluarga memang tkda yg p dengan dia, dia p bersama jemaah lain, ada org sponsered.
“Dan sekarang, jemaah lain dah asingkan dia sorang sorang sebb depa tngok dia makin teruk. Kami dari jauh tgh usaha ikhriar call pihak berkaitan.
“Kami dah pun pujuk, dah pun call and ws tapi dia tk layan, bagi yg mengecam tolong stop, fikir perasaan keluarga, anak dia ada dalam tiktok ni. Anak masih kecil umur 16thn, tolong faham situasi semasa,” jelas pemuda tersebut.
Rata-rata netizen di ruangan komen turut memohon orang ramai untuk tidak mengecam wanita tersebut setelah berita bahawa dirinya mempunyai penyakit mental telah tersebar.
“jgn kecam die ni..kakak die dh inform die TGH x stabil..die sakit bipolar disorder x silap aku,” ujar @cucudin.
“Ni grandiose delusion + visual & auditory hallucination ni..nmpk vid ni terus ter apply ilmu psychiatry sbb baru masuk posting ni,” jelas @moonie. Utv
Wanita dakwa jumpa Rasulullah alami bipolar disorder (Video)
Baca Artikel Menarik :
- Long Tiger JR seronok kira duit
- Sajat buka bisnes di Australia, tawar peluang pekerjaan
- Irwansyah ditipu adik sendiri, kerugian RM1.5 juta
- MN adalah tanda kesyukuran kepada Allah – Nik Abduh
- Azmin Ali jadi TPM seterusnya?
- Jangan terkejut jika PAS tinggalkan Bersatu
- Ketua Penerangan Armada disekolahkan kerana kritik Shahril Hamdan
- Muda menghormati hak mereka (minum bir) – Syed Saddiq
- Derma RM5 Kena Ludah – Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Berhadapan Pengemis Rohingya (Video)
- KWSP i-Citra: Beri rakyat buat pilihan – Najib
- Former Teacher Shocked To See Siew Pui Yi’s Nudes On Penthouse
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Myvi tahan lasak – Kecut Perut Lihat Pokok Tumbang Mengejut (Video)
LPPR bersih nama Azam Baki daripada salah laku pembelian saham