Kes baharu Covid-19 di Sarawak meningkat dua kali ganda

KUCHING: Sarawak mencatatkan peningkatan kes Covid-19 dua kali ganda, dua hari berturut-turut.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, negeri ini mencatatkan 47 kes baharu berbanding 24 semalam dan 12 kes pada Isnin lalu.

Katanya, daerah Kuching mencatatkan kes tertinggi hari ini sebanyak 11 kes, Bintulu dan Song masing-masing sembilan kes, manakala Sibu dan Lawas masing-masing lima dan empat kes.

Ini menjadikan kes kumulatif Covid-19 di Sarawak sebanyak 252,424 kes.

Kenyataan tersebut juga menyatakan sebanyak lima kes berada dalam kategori klinikal 1 dan 2, tiga kes dan dua pesakit dalam kategori klinikal 3, 4 dan 5.

Bagaimanapun, tambahnya tiada pesakit yang memerlukan alat ventilator, serta kematian dilaporkan hari ini.

Sarawak juga tiada kluster baharu dan kluster yang aktif.

Semalam, Menteri Kesihatan Awam, Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Seri Dr. Sim Kui Hian berkata, meskipun kes baharu Covid-19 harian di Sarawak berada hanya dua angka, dan Sarawak juga sudah beralih ke fasa empat Pelan Pemulihan Negara, namun rakyat perlu berwaspada kemungkinan peningkatan kes pada minggu-minggu mendatang berikutan merebaknya virus Omicron.

Beliau yang juga bekas penasihat JPBN Sarawak berkata, Sarawak berkemungkinan berdepan peningkatan kes Omicron dalam tempoh dua hingga empat minggu akan datang berikutan merebaknya varian berkenaan ke Sarawak sejak 17 Disember lalu.

Justeru, beliau menasihatkan mereka yang masih belum menerima dos penggalak agar segera berbuat demikian sebagai pelindung diri daripada jangkitan virus berkenaan.

“Kita juga perlu memerhatikan ‘DelMicron’ (Delta plus Omicron) memandangkan banyak negara yang terjejas oleh gelombang terbaharu pandemik (di mana lonjakan kes virus Delta berterusan, ditambah lagi lonjakan Omicron),” katanya.

Memandangkan beberapa minggu akan datang akan menjadi kritikal, Kui Hian menasihatkan supaya pembukaan kegiatan ekonomi lebih berhati-hati.


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Myvi tahan lasak – Kecut Perut Lihat Pokok Tumbang Mengejut (Video)

LPPR bersih nama Azam Baki daripada salah laku pembelian saham

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker